Isnin, 26 Mac 2012

Right now...

지금 당장 느낌이 ... 소설을 완성 너무 많은 장애물 갖는다. 건강은 가사 바쁜, 엉망이고, 항상 피곤 하다고요. 하지만 난 정말 쓰기를 좋아 진짜 ... 그렇다면, 내가, 내게 행운을 빌지 상관없이 할수 없다합니다.
(T_______________T)

luahan hati, siapa yang faham, terima kasih...

Selasa, 20 Mac 2012

please visit my other blog The Budak Langit, hasil karya saya yang tidak seberapa.

akan ku tempuh virus kemalasan yang selalu singgah di diri ini demi menyiapkan novel ini hehehe, doakan saya ye sahabat semua (^^)

Jumaat, 16 Mac 2012

weekend project T_T

mesti siapkan bab 5 dalam dua hari ini...
mesti...akan...harus...wajib...
mesti......

Fear a.k.a Takut

ada banyak benda yang menjadi punca seseorang itu 
merasa takut,
contohnya takut sakit, takut miskin, takut keseorangan, 
takut orang zalim, takut mati..
tapi bagi aku, aku takut untuk merasa takut...
i wish i can be more braver than i am now...
hidup adalah perjuangan
aku mesti berani...

Rabu, 14 Mac 2012

a little bit depressed lately...T_T
Hanya pada Allah SWT kebergantungan ku...

Rabu, 7 Mac 2012

currently...

currently reading:
- The Lord Of The Rings : The Two Towers by J.R.R Tolkien ( reread...alasan? rindu legolas ku muahaha)
- Bagaikan Puteri by Ramlee Awang Murshed
- AdaMaryam X by Xarine
- Ali & Tuah Sarang 4 penjahat by Afiq & Nazry ( Komik M, baru beli)
- Kawanku Panda By Husna Adnan ( bari sampai tadi ^^)

currently doing:
-siapkan bab 4 Budak Langit
-siapkan bab 3 Biru Vs Kuning
- CUBA UNTUK TIDUR DENGAN LENA...Aiya....T-T

Ahad, 4 Mac 2012

my mind need an adventure ASAP

Assalamualaikum...Salam Sejahtera...

semuanya berlaku selepas hari jumaat yang lalu...ya...selepas menonton filem adaptasi dari klasik Lord of The Ring...

selesai sahaja movie itu, minda saya bagaikan menjadi liar, berbondong-bondong idea yang muncul, terus sahaja menatap kembali rangka kasar untuk manuskrip yang sudah berkurun lama ini tetapi tidak siap-siap hehe dan menyelongkar novel-novel lama dan yang baru di beli, konon-konon ingin mencari rujukan. tetapi terus terang saya katakan saya kecewa.

kenapa kecewa? entah kenapa ya...novel-novel yang telah saya beli sekarang, bagaikan tidak mampu memberi kepuasan seperti novel-novel Tolkien, Rowling, dan RAM? daripada longgokan novel-novel itu, ternyata novel-novel lama yang sudah hampir sepuluh tahun lalu saya beli yang bagi saya, sangat menarik. yang baru? ada yang cuma sekali baca sahaja, saya sudah tidak mahu baca lagi.

saya memang gemarkan novel berunsur fantasi, aksi, dan pengembaraan. kalau mood ingin bercinta barulah saya mengada-ngada beli novel cinta. tapi kan...melihat novel-novel di pasaran sekarang...rasanya tiada pun novel yang termasuk dalam kegemaran saya...semua novel itu bagaikan kembar...kalau ada yang berbeza pun boleh kira dengan sebelah jari ( ini pada pandangan sayalah)

saya bukan prejudis...bukan...cuma...saya sebagai pembaca mahukan sesuatu yang boleh membawa saya rasa 'adventure' tentu ada yang tidak faham...cuba lihat pasaran novel dewasa sekarang...terus terang saya katakan..maaf jika terkasar...saya bosan. kenapa mesti genre 'itu'? kenapa genre yang 'ini' jarang di terbitkan? pembaca genre 'ini' masih wujud tau, contohnya saya la huhu

kadang-kadang terfikir juga mahu menulis sendiri novel berunsur fantasi tanpa melanggar akidah seorang Islam, aksi, adventure, cinta yang tidak meleret, pengajaran dan cerita yang berkembang...tetapi rasanya belum ada rezeki saya berbuat begitu. maka saya mengharapkan penulis-penulis yang saya hormati di luar sana...

boleh sahaja saya kembali membaca novel-novel inggeris kerana banyak novel sebegitu, tetapi saya mahukan produk dari Malaysia. saya betul-betul mahukan karya sebegini...sekarang pun, asyik hampa sahaja bila ke kedai buku. kalau ada buku yang saya betul berkenan pula, ada yang belum sampai di kedai buku, saya sanggup beli online

atau saya yang terlalu memilih novel untuk di baca? mungkin juga. tetapi jika saya tidak boleh memilih, apa hak saya sebagai pembaca?

bantulah saya wahai penulis-penulis budiman...my mind nees an adventure ASAP.