Selasa, 22 November 2011

'Again and Again' list

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

pada hari ini membuat rombakan pada koleksi buku-buku yang ada dalam simpanan saya. semasa membeli sebarang novel,saya akan mempertimbangkan sama ada novel itu akan berada dalam list 'Again and Again' ataupun di jual semula sebgai 2ndhand book.

apa itu list 'Again and Again'? ianya list novel-novel yang akan saya ulang baca bukan untuk kedua kali, tapi untuk berkali-kali hehehe..

ok...di perkenalkan...calon-calonnya...

'Again and Again' list

1. Harry Potter & The Deathly Hallow
2. Harry Potter & The Order of The Phoenix
3. Harry Potter & The Half Blood Prince
4. Harry Potter & The Goblet Of Fire
5. Harry Potter & The Prisoner of Azkaban
6. Harry Potter & The Sorcerer Stone.
7. Bagaikan Puteri
8. Hijab Sang Pencinta
9. Sutera Bidadari
10. Bohemian
11. Nyanyi Sunyi
12. Tentang Dhiya...
13. Kota Barra
14. Seikat Kembang Merah
15. Awak Suka Saya Tak?

ada banyak lagi sebenarnya, tapi tak mampu nak bawa bersama-sama hehe...all this book are my fav, kalau orang mahu pinjam pun rasa berat hati yang aaaaammmmmmmat...hehehe bukan kedekut...cuma sayang...





.

Sabtu, 19 November 2011

seeking a lost spirit...(--").....

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

nampak sangat blog yang tak seberapa ini berhabuk kerana jarang di kunjungi dan di update..huhu..rasa seperti tidak bertanggungjawab pula alahai...but anyway....

I'M BACK....\(^^,)/

sebenarnya punca kehilangan saya tanpa di kesan ini adalah kerana beberapa faktor...huhu antaranya ialah kerana rombakan beberapa manuskrip saya yang tak tahulah bila nak siap ni( bermacam halangan antaranya tak cukup masa dan juga kadang kala terasa malas hehe)

di samping itu juga saya telah memulakan online bookshop saya iaitu RURU BOOK HOUSE difacebook. sebab itulah buzy yang amat. tujuan saya memulakan bookshop ini adalah kerana ingin membela nasib pembaca-pembaca di negeri Sabah terutamanya kerana pembaca macam kami ini sering sahaja terlewat menerima buku-buku baru di pasaran...orang lain dah khatam baca novel terbaru beberapa bulan, kami yang di Sabah baru menerima kehadiran novel itu di kedai-kedai buku. kerana itulah saya ingin berusaha menjual novel terbaru kepada pembaca di Sabah khasnya. tak perlulah tertunggu-tunggu kan? hehehe... sila lawati page facebook saya iaitu http://www.facebook.com/#!/pages/Ruru-Book-House/194979343912416 

selain itu ..punca kesibukan saya yang mengalahkan menteri ni (konon je...) adalah kerana tugas membetulkan manuskrip novel saya. ianya bukan kerja yang mudah...sangat-sangat stress ok...macam nak terkeluar air mata ini tau..hehe tapi kesabaran pasti ada ganjaran...INSYALLAH....

sampai di sini dahulu entri comeback saya ini...saya menghargai sokongan anda semua... entri akan datang saya akan review beberapa novel terbaru yang saya baca...

SALAM ALAIK...(",)