Sabtu, 23 Februari 2013

Bengkel Novel

Assalamualaikum...

Bukan main lama ditinggalkan blog ini kan? Maafkan saya, kadang kala kemalasan menguasai diri.

Ini hendak cerita ini...pada 23hb yang lalu, saya telah menyertai bengkel penulisan novel di Dewan Bahasa dan Pustaka anjuran Akademi Hero dengan kerjasama Ikatan Penulis Sabah.

Saya punyalah teruja kerana jurulatih yang datang adalah Cikpuan Azzah Abdul Rahman. Sebelum ini selalu sedut ilmu-ilmu penulisan dari status FB beliau sahaja. Jadi apabila ada sudah peluang ini, tidak mahulah lepaskan kan?

Di samping itu rupanya turut menghadirkan diri ialanh Cikpuan Izanor Sharif, penulis yang berkolaborasi dengan penulis jutawan Ain Maisarah! Wah....memang rasa seronok sangat lah. Tapi mesti kont4ol jiwa, tidak bole teruja sangat haha.

Sepanjang bengkel dapat jugalah berkenalan dengan rakan-rakan baru antaranya adik Azlinah, bekas penuntut Universiti Al-Azhar, Mesir. Saya sangat mencemburui pengalaman beliau di b7mi anbiya itu, adik ini manis, sopan dan suka menulia kisah motivasi. Doakan beliau berjaya.

Dan juga berkenalan dengan kakak Dhuha Steffa, novelis Sabah. Sangaaatlah peramah kak Dhuha sehinggakan saya rasa dia seperti bestfriend yang lama tidak berjumpa. Semoga kak Dhuaha berjaya dengan novel beoiau, aminnn...


Dan yang paling penting ialah ilmu yang saya dapat pada hari itu. Jadi kini saya sudah ,engerti mengapa karya saya ditolak penerbit. Memang banyak perlu diperbaiki ya Tuhan...namun itu bukan masallah kerananmenghasilkan karya yang baik-baik adalah matlamat saya kini!!


Doakan saya berjaya ya...