Jumaat, 30 November 2012

opinion 2

kalau ada selebriti, penulis atau penyanyi yang anda minati dan sangat kagum dengan bakatnya,adakah anda akan canangkan di laman sosial?

bagi saya tidak. cukup sekadar saya tahu kehebatannya, bakatnya yang luar biasa.

kenapa?

kerana di luar sana ramai manusia. dan belum tentu semua manusia itu pasti bersetuju dan berpuashati dengan pendapat anda. kadang-kadang jika mereka tidak suka, mereka akan kutuk, hina, keji dan cemuh orang yang di puji.

kasihan. saya kasihan dengan sesiapa yang menerima nasib itu.

kawan-kawan, kita jagalah hati sesama kita dan perbaiki akhlak kita.

in shaa Allah....

opinion

My friend asking me tips about love?
well, after all this time i'm clueless about love.
but if you insist of knowing of my opinion
i just can only say
'all this time i think love is about two person being together,
but i was wrong. Love is ALLAH...'

wahai Tuhan ku tak layak...
namun tidak pula aku sanggup...
dari itu kurniakan lah 
ampunan kepada ku dan semua saudara seIslam ku..

Sabtu, 24 November 2012

Books and pen, netbook and Tablet

Assalamualaikum..

saya hendak kongsikan sesuatu.

Once upon a time, di mana ketika harga sebuah komputer tersangatlah mahal bagi seorang budak, dan budak itu begitu teringin menulis buku dan berangan-angan membuka sebuah syarikat penerbitan...budak itu cuma menulis di atas buku nota sahaja.

sayalah budak yang kuat berangan itu hik hik. ya, saya akan menulis dengan kemas di dalam buku nota kecil yang comel-comel sehingga habis. pada waktu itu memanglah saya rasa puas hati melihat kumpulan buku cerita tulisan tangan saya sendiri. sampai boleh terniat hendak buat perpustakaan sendiri, bukan main lagi angan-angan tu kan...

ini adalah anta buku-buku itu semua. ada seorang kawan pernah cakap dengan saya tahu, yang saya ni kononnya ada tulisan mesin taip, kalau menulis di atas kertas kosong yang tanpa garisan itu akan tersusun lurus. mungkin lah juga, tetapi sebenarnya itu bukan bakat semulajadi tetapi hasil latihan sewaktu mengikuti kursus CADD Senibina di ILPKK dahulu, kami di latih untuk menulis dengan lurus. practise make perfect! hihi














Tetapi itu dahulu ya kawan-kawan....

apabila saya sudah buat keputusan hendak hantar cerita saya kepada penerbit, saya sedar mahal ke tidak mahal saya memang perlukan sebuqh komputer. penerbit tidak akan terima manuskrip 5ulisan tangan, itu pengajaran pertama buat saya ya, 


Alhamdulillah ayah ku yang macho telah menghadiahkan sebuah netbook sempena hari jadi . wah...sunguh teruja gila namun...namun...menyalin kembali sebuah cerita yang sudah seebal hampir 400 muka surat...ya, obstaclenya ialah perasaan malas dan bosan ( di larang mengikuti aksi ini di rumah)

dalam pada malas itu laptop kesayangan di janhkiti VIRUS!!!!!!!-



mr. Asus ku yang cuma tinggal kenangan...kenapa? kerana ianya sudah di makan virus...oh sangat tension ya situasi saya di sini,

memang laptop selalu sahaja kena virus kan walaupun sudah berkali-kali hantarnya ke kedai un5uk di rawat? kalau tulis dalam buku sahaja tidak perlulah risau keadaan jadi macam ini. tenang sahaja, namun kita mestilah menghormati penerbit yang mahukan manuskrip bertaip kemas.

jadi akhirnya saya cuma mengantikan laptop itu dengan GalaxyTab 7.0. Boleh buat kerja, boleh ber mesej serta calling-calling. See? Saya kalau boleh suka sesuatu yang compact, 3 dalam 1. Dan kerja saya sekarang ialah men'convert' semua tulisan tangan itu kepada bentuk bertaip. Kali ini saya nekad tidak mah7 hosan-bosan lagi, tidqk mahu malas-malas lag8. Saya mahu merealisasikan impian sebagai seorang penulis sebelum memasuiki umur 30 tahun. Doakan usaha saya di permudahkan dan doakan semoga tab ini tahan lama ya, sebab saya sudah pokai haha. Selamat berhari minggu. nbsp;

Jumaat, 23 November 2012

Mimpi

Assalamualaikum... Ñak kongsi cerita ni, tentang mimpi. §emalam saya bermimpi, mimpinya agak berlainan juga ya, tentang pengembaraan empat oramg melalui relung masa untuk mencari raja sebuah kerajaan. Aa tiga bentuk cincin yang mesti di cari dalam mimpi saya itu. Saya masihneringat-ingat bentuk cincin itu sampai sekarang ini. Seperti plot dalam filem kan? Betul, saya bangun terus ingat-ingat adakah saya ambil wudu sebelum tidur semalam, kerana pernah lah terbaca jika mengambil wudu dan membaca ayat tiga Kul sebelum tidur, In Shaa Allah mimipi datang itu bukannya permainan dari syaitan. Bercerita pasal mimpi ini, siapa yang tidak pernah bermimpi bukan? Ada kah satu mimpi yang memberi kesan mendalqm sehinggakan ana ingat sampai sekarang? Saya ada, dan sudi tak kalau saya hendak kongsikan dengan anda? Sebagai kanak-kanak yang lasak, alhamdulillah saya ni jarang juga jatuh sakit. Tetapi apabila sudah sakit tu, terus sampai seminggu saya demam. Mimpi ini terjadi sewaktu saya sakit demam yang agak panas jugalah. Dahulu katil saya bersebelahan sahaja dengan tingkap. Selepas saya makan ubat yang mak suruh makan, jam 11 pagi begitu saya tidur lah sendirian dekat bilik. Mimpi saya ketika itu sangat dasyat...Astagfirullah, memang sangat mengerikan. Dunia mahu kiamat. Gempa bumi di sana sini, orang ramai berlari sambil berteriakan kerana takut. Saya cuba mencari tempat perlindungan dalam keadaan bumi yang sudah bergegar. Ahli keluarga saya pun tidak kelihatan walau di mana-mana. Langit ketika itu sangat merah. Suhu sangat sejuk. Kemudian tiba-tiba suasana riuh itu menjadi sepi. Saya masih teringat dalam mimpi itu saya sedang menyusuri sebuah jalan tidak berturap yang di penuhi debu-debu merah, secara tiba-tiba muncul seorang lelaki berjubah putih , berserban dan janggutnya hampir mencecah perut. Dia bagaikan melayang turun dari langit yang merah bersama satu sorotan cahaya yang terang benderang. Orang itu sangat tua namun tetap berdiri tegak walaupun tanoa memakai tongkat. Dia cuma mendiamkan diri, kemudian memandang saya dan cuma mengucapkan sebaris ayat. "Ikutilah jalan yang lurus," Selesai itu terus muncul satu bulatan berwarna putih yang terang mengangkatnya ke langit. Bumi bergoncang kuatnya, walaupun saya berteriak memanggilnya, lelaki berjubah itu sudah tiada. Saya terbangun dengan keadaan yang sangat menggigil ketakutan. Ketika terbangun itu lah saya bagaikan melihat satu bulatan sangat terang di hadapan mata saya, dan terus keluar melalui tingkap melayang ke langit. Bagaikan orang hilang akal, saya mengambil gunting, beberapa kertas manila dan pensil warna sebelum berlari turun ke ruang tamu. Mak saya terkejut melihat saya yang di basahi peluhsambil memeluk barang-barang tadi. Apa yang asyik keluar dari mulut saya ialah "mesti buat bulatan putih! Mesti buat bulatan putih!" Mujurlah saya dapat bertenang juga. Mak saya sangka saya sudah gila. Namun mimpi kehancuran dunia itu sentiasa saya ingat. Malah sejak dari hari itu, ketika saya sakit demam teruk lagi beberapa bulan kemudian, mimpi yqng sama datang lagi. Membuatkan saya terjaga di t3ngah malam dan mengigil ketakutan seorang diri dalam gelap. Ini bukan rekaan, namun adalah sebuah mimoi anak kecil, wallahualam... Ikutilah jalan yang lurus....ikutilah jalan yang lurus...masih terngiang-ngiang suara atuk-atuk berserban itu. Saya cuma seorang manusia biasa, mungkin mimpi buuk itu adalah teguran Allah kepada saya tentanghari kiamat, mengingatkan saya untuk mengumpul amal ibadah sebelum tiba hari yang di janji.. Sekian...jangan lupa berwudu sebelum tidur, dan sebaiknya solat sunat taubat sebelum kita mati seketika... Assalamualaikum

Jumaat, 2 November 2012

Hijab Raja Zulqarnain

Assalamualaikum.


"seorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk mem betulkan kesilapannya" - Aristotle.

sedang membaca novel sejarah nukilan Web Sutera bertajuk 'Macedonia Alexander Agung Hijab Raja Zulqarnain'

adakah memang Alexander Agung itu ialah Raja Zulqarnain namun sejarawan yahudi yang memesongkan fakta?

saya memang curious tentang Alexander Agung  dan juga kisah penjelajahanny dan penjajahannya. Novel ini bagi saya 5 bintang.

(nak upload gambar tapi tablet tidak mengizinkan...)

baru baca sehingga mukasurat 221, insyAllah akan buat review selesai membacanya.

:♥