kalau ada selebriti, penulis atau penyanyi yang anda minati dan sangat kagum dengan bakatnya,adakah anda akan canangkan di laman sosial?
bagi saya tidak. cukup sekadar saya tahu kehebatannya, bakatnya yang luar biasa.
kenapa?
kerana di luar sana ramai manusia. dan belum tentu semua manusia itu pasti bersetuju dan berpuashati dengan pendapat anda. kadang-kadang jika mereka tidak suka, mereka akan kutuk, hina, keji dan cemuh orang yang di puji.
kasihan. saya kasihan dengan sesiapa yang menerima nasib itu.
kawan-kawan, kita jagalah hati sesama kita dan perbaiki akhlak kita.
in shaa Allah....
baik... saya terima pendapat kamu :D
BalasPadam-Nico Robin-