Jumaat, 23 November 2012

Mimpi

Assalamualaikum... Ñak kongsi cerita ni, tentang mimpi. §emalam saya bermimpi, mimpinya agak berlainan juga ya, tentang pengembaraan empat oramg melalui relung masa untuk mencari raja sebuah kerajaan. Aa tiga bentuk cincin yang mesti di cari dalam mimpi saya itu. Saya masihneringat-ingat bentuk cincin itu sampai sekarang ini. Seperti plot dalam filem kan? Betul, saya bangun terus ingat-ingat adakah saya ambil wudu sebelum tidur semalam, kerana pernah lah terbaca jika mengambil wudu dan membaca ayat tiga Kul sebelum tidur, In Shaa Allah mimipi datang itu bukannya permainan dari syaitan. Bercerita pasal mimpi ini, siapa yang tidak pernah bermimpi bukan? Ada kah satu mimpi yang memberi kesan mendalqm sehinggakan ana ingat sampai sekarang? Saya ada, dan sudi tak kalau saya hendak kongsikan dengan anda? Sebagai kanak-kanak yang lasak, alhamdulillah saya ni jarang juga jatuh sakit. Tetapi apabila sudah sakit tu, terus sampai seminggu saya demam. Mimpi ini terjadi sewaktu saya sakit demam yang agak panas jugalah. Dahulu katil saya bersebelahan sahaja dengan tingkap. Selepas saya makan ubat yang mak suruh makan, jam 11 pagi begitu saya tidur lah sendirian dekat bilik. Mimpi saya ketika itu sangat dasyat...Astagfirullah, memang sangat mengerikan. Dunia mahu kiamat. Gempa bumi di sana sini, orang ramai berlari sambil berteriakan kerana takut. Saya cuba mencari tempat perlindungan dalam keadaan bumi yang sudah bergegar. Ahli keluarga saya pun tidak kelihatan walau di mana-mana. Langit ketika itu sangat merah. Suhu sangat sejuk. Kemudian tiba-tiba suasana riuh itu menjadi sepi. Saya masih teringat dalam mimpi itu saya sedang menyusuri sebuah jalan tidak berturap yang di penuhi debu-debu merah, secara tiba-tiba muncul seorang lelaki berjubah putih , berserban dan janggutnya hampir mencecah perut. Dia bagaikan melayang turun dari langit yang merah bersama satu sorotan cahaya yang terang benderang. Orang itu sangat tua namun tetap berdiri tegak walaupun tanoa memakai tongkat. Dia cuma mendiamkan diri, kemudian memandang saya dan cuma mengucapkan sebaris ayat. "Ikutilah jalan yang lurus," Selesai itu terus muncul satu bulatan berwarna putih yang terang mengangkatnya ke langit. Bumi bergoncang kuatnya, walaupun saya berteriak memanggilnya, lelaki berjubah itu sudah tiada. Saya terbangun dengan keadaan yang sangat menggigil ketakutan. Ketika terbangun itu lah saya bagaikan melihat satu bulatan sangat terang di hadapan mata saya, dan terus keluar melalui tingkap melayang ke langit. Bagaikan orang hilang akal, saya mengambil gunting, beberapa kertas manila dan pensil warna sebelum berlari turun ke ruang tamu. Mak saya terkejut melihat saya yang di basahi peluhsambil memeluk barang-barang tadi. Apa yang asyik keluar dari mulut saya ialah "mesti buat bulatan putih! Mesti buat bulatan putih!" Mujurlah saya dapat bertenang juga. Mak saya sangka saya sudah gila. Namun mimpi kehancuran dunia itu sentiasa saya ingat. Malah sejak dari hari itu, ketika saya sakit demam teruk lagi beberapa bulan kemudian, mimpi yqng sama datang lagi. Membuatkan saya terjaga di t3ngah malam dan mengigil ketakutan seorang diri dalam gelap. Ini bukan rekaan, namun adalah sebuah mimoi anak kecil, wallahualam... Ikutilah jalan yang lurus....ikutilah jalan yang lurus...masih terngiang-ngiang suara atuk-atuk berserban itu. Saya cuma seorang manusia biasa, mungkin mimpi buuk itu adalah teguran Allah kepada saya tentanghari kiamat, mengingatkan saya untuk mengumpul amal ibadah sebelum tiba hari yang di janji.. Sekian...jangan lupa berwudu sebelum tidur, dan sebaiknya solat sunat taubat sebelum kita mati seketika... Assalamualaikum

3 ulasan:

  1. jadi itu mimpi kamu... byk 'isi' dalamnya ya..

    BalasPadam
  2. Ya Nong...takut kerana diri ini bukannya sempurna...semoga yang lain turut berokeh manfaat. Janji projek zine kita terua jadi ya? Sekarang ada sibuk sikit mau kasi siap manuskrip, boleh bah kan? ^^

    BalasPadam
  3. boleh bah kalau ko :D


    ~nong Andy~

    BalasPadam