Assalamualaikum dan salam sejahtera....
nampak sangat blog yang tak seberapa ini berhabuk kerana jarang di kunjungi dan di update..huhu..rasa seperti tidak bertanggungjawab pula alahai...but anyway....
I'M BACK....\(^^,)/
sebenarnya punca kehilangan saya tanpa di kesan ini adalah kerana beberapa faktor...huhu antaranya ialah kerana rombakan beberapa manuskrip saya yang tak tahulah bila nak siap ni( bermacam halangan antaranya tak cukup masa dan juga kadang kala terasa malas hehe)
di samping itu juga saya telah memulakan online bookshop saya iaitu RURU BOOK HOUSE difacebook. sebab itulah buzy yang amat. tujuan saya memulakan bookshop ini adalah kerana ingin membela nasib pembaca-pembaca di negeri Sabah terutamanya kerana pembaca macam kami ini sering sahaja terlewat menerima buku-buku baru di pasaran...orang lain dah khatam baca novel terbaru beberapa bulan, kami yang di Sabah baru menerima kehadiran novel itu di kedai-kedai buku. kerana itulah saya ingin berusaha menjual novel terbaru kepada pembaca di Sabah khasnya. tak perlulah tertunggu-tunggu kan? hehehe... sila lawati page facebook saya iaitu http://www.facebook.com/#!/pages/Ruru-Book-House/194979343912416
selain itu ..punca kesibukan saya yang mengalahkan menteri ni (konon je...) adalah kerana tugas membetulkan manuskrip novel saya. ianya bukan kerja yang mudah...sangat-sangat stress ok...macam nak terkeluar air mata ini tau..hehe tapi kesabaran pasti ada ganjaran...INSYALLAH....
sampai di sini dahulu entri comeback saya ini...saya menghargai sokongan anda semua... entri akan datang saya akan review beberapa novel terbaru yang saya baca...
SALAM ALAIK...(",)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan