Selasa, 28 Jun 2011

Kembali bersama gadjet paling kuno tapi paling berguna buat ku. PEN & KERTAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera...entah bagaimana mahu mulakan..cuma semasa sedang berehat sambil memandang langit, hati mula terdetik dan akhirnya membara untuk kembali semula kepada satu kegiatan yang pernah menjadi rutin semasa masih di bangku sekolah, iaitu menulis. dulu masa kat sekolah menengah, aku selalu menulis kisah-kisah yang seri ng bermain dalam fikiran ku, buku-buku latihan yang sudah tidak di pakai sudah tntu akan penuh dengan hasil tulisan ku yang pada waktu itu tak lah berapa cantik sangat.Tapi pada masa itu aku tidaklah menghebohkan sangat karya picisan aku kerana ramai yang menganggap aku hanya membuang masa, mungkin kerana aku tidak mahu di kutuk lagi ataupun lebih tepat aku tidak mahu di anggap remaja yang pelik kerana suka pada hobi itu, aku pun menulis hanya untuk diri aku sendiri.sendiri tulis, sendiri baca hahahaha

tapi..aku sangat gembira melakukannya, dan aku membesar di dalam dunia buku aku sendiri (",).. kini aku sudah pun dewasa( memang dewasa dah pun) kekangan masa dan perubahan suasana semakin menarik jauh minat aku pada kertas dan pen. setelah bertahun-tahun aku berperang dengan diri sendiri sama ada aku punya keberanian untuk memberi orang lain membaca hasil tulisan aku, aku pun membuat blog ini, untuk menuliskan kisah-kisah yang bermain di kepala ku. aku membuat keputusan untuk membuat kalin semua merasa dunia ku (^^,)

3 ulasan:

  1. tiada sapa pn yg anggap pnulisan kakak time tu 'membuang masa'!aku sgt obses dgnnya shingga terinspirasi hingga ke hari ini~

    BalasPadam
  2. ok,,,xsabar nk baca kisah seterusnya,,ehehe

    BalasPadam
  3. finie : thank u finie..kita kan sama2 kaki buku keras di smk agaseh dulu.

    madu lebah: saya akan berusaha membawa anda ke dalam dunia buku saya (",)

    BalasPadam