Ahad, 14 Oktober 2012

me currently


Assalamualaikum.....

Setiap pagi saya bangun tidur, inilah pemandangan yang menyapa saya. Subhanallah, indah kan?

sejak akhir-akhir ini tidak dapat update blog sebab Mr.Asus saya macam merajuklah...wifi tidak dapat connect langsung. Last-last guna handphone sajalah kan hihi.

currently saya saya sudah listkan awal-awal kerja yang patut saya habiskan.

1) Rombakan semula manuskrip Budak Langit. Tiba-tiba saya rasa manuskrip itu membosankan. saya tidak mahu biar pembaca merasa bosan. sebab itu saya rombak semula dan bermula dari kosong. ya....biarlah susah dahulu ( dalam hati menangis sakan hahaha)

2) cuba menyiapkan cerpen 'First Love' untuk satu projek zine usahasama saya dengan rakan FB Nong Andy yang berbakat. Beliau juga antara penulis di dalam antologi Tamu. anda sudah dapatkannya? Saya ingat mahu buat cerpen tapi jadi cerpan pula sebab cerita jadi terpanjang. InsyAllah saya harap zine ini akan siap sebelum hujung tahun. Doakan ya.

3) Membaca empat buah novel baru iaitu ILUS karya Melur Jelita (sangat tebal), Ikhlas A.K karya Nirrosette, Prince Charming karya Ratu Bulan dan The Hobbit karya agung J.R.R Tolkien. ya, SAYA ULAT BUKU.

4)menyiapkan beberapa handmade journal, untuk di jual pada yang berminat. tengah buat research tentang memperbaiki kualitinya. nantikanya.

5)RAHSIA...haaaa


nampaknya macam itu sahaja untuk kali ini, till we meet again then ^^


Tiada ulasan:

Catat Ulasan