Isnin, 7 Januari 2013

Tahun baru, Azam baru

Assalamualaikum... Sudah tujuh hari berlalu sejak bermulanya tahun baru masihi ini kan? Baru sekarang hendak bersihkan habuk dan sawang di blog usang ini? Iyalah...saya minta maaf ya. Walaupun saya bukan Perdana Menteri. Tidak bermakna saya tidak sibuk, Oooo sangat sibuk dengan hal dunia dan akhirat. Apa azam anda tahun baru ini? Saya? Ya awal-awal dahulu sebelum mahu dekat berakhirnya tahun 2012, saya sudah tulis banyak azam untuk 2013. Satu muka surat penuh tahu...hihi. Namun akhirnya saya berfikir semula apabila membaca kembali novel dari Ustaz Ubaidillah yang bertajuk Kala Cinta Dan Wahyu Bersatu. Dalamnya. Watak-wataknya ada bercerita tentang amal yang paling baik iaitu Pertama sekali, solat di awal waktu, Kemudian lagi, berbakti kepada kedua orang tua Seterusnya, berjihad di jalan Allah SWT. Naa.....terus itulah azam saya tahun 2013. 1) menjaga solat fardhu; bacaannya, tertibnya, jangan mengelar malah biar kita yang menunggu waktu solat 2) berbakti kepada dua orang tua selagi mereka masih hidup; kebajikannya, kesihatannya, hatinya InsyAllah akan saya jaga 3) berjihad; bila dua amal di atas berjaya saya tunaikan, InsyAllah saya mahu berjihad. Tidak kira jihad kecil atau pun besar. Melihat senarai azam itu terus terang memang susah, kerana saya manusia biasa....iblis dan syaitan tentu tidak mahu saya berubah jadi baik kan? Jadi, kepada Allah SWT lah kita harus memohon perlindungan dari tipu daya syaitan. Doa mesti bersungguh tahu? Sebagai orang yang mahu jadi penulis, apa azam pula? 1) memperbaiki tatabahasa, kosa kata, dan cara penulisan. 2) ingin menjadi penulis yang menyentuh hati pembaca. Menjadi penulis sebegini bukanlah harus tulis cerita cinta sahaja, yang penting hari mesti ikhlas ya 3) mahu jadi penulis disayangi Allah Swt....apa yang kita tulis, bakal menjadi tanggungjawab kita di Padang Masyar nanti. Maka tulislah yang elok-elok dan tidak melalaikan pembaca. Pohon pada Allah agar di kurniakan idea dan ilham yang baik-baik. 4) dan...saya mesti berusaha menyiapkan semua idea novel saya tahun ini, sebelum mencecah umur 30 tahun! Mesti buang sikap malas dan bertangguh dalam diri ini cewah..... Setakat itu sahaja saya membebel, izinkan saya berundur kerana hendak mengumpul kain di jemuran, langit mendung doh... Terima kasih kerana membaca. Assalamualaikum ^^

1 ulasan:

  1. selamat tahun baru.. walaupun sudah pada hari ke 20 di tahun 2013 :)

    BalasPadam