Assalamualaikum...
saya singgah hendak bersihkan habuk dan sawang di blog ini hihi
Ada sedikit perkongsian yang saya perolehi semasa menonton satu rancangan ilmu di saluran TV Al Hijrah petang tadi.
Seorang penonton bertanya kepada ustaz tentang bagaimana hendak menyucikan hati yang telah kotor.
Menurut Ustaz itu, untuk mensucikan hati dan memasukkan sifat mahmudah, haruslah terlebih dahulu kita membuang sifat-sifat mazmumah yang terdapat dalam diri kita. Beliau beri perumpamaan yang senang sahaja. Jika kita sudah minum kopi sehingga tinggal sedikit dan kita rasa pahit bukan? Lalu kita hendak minum air jus pula. Perkara yang harus kita buat terlebih dahulu ialah mencuci gelas yang berisi sisa kopi itu bukan? Bilas sebersih-bersih nya agar air jus yang kita hendak tuangkan ke dalam gelas itu tidak dicemari dengan rasa kopi.
Nah...samalah juga dengan hati kita wahai saudara... Kita mahu jadi orang yang baik kononya, tetapi di hati kita masih terselit tamak, hasad dengki, cintakan kemegahan dan juga sifat-sifat mazmumah yang lain. Maka haruslah kita banyakkan bertaubat. Berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah SWT, didik lah hati kita untuk melawan nafsu kerana melawan dan menawan nafsu juga termasuk ke dalam jalan jihad di jalan Allah SWT.
Berubah menjadi orang yang lebih baik memang sangat sukar, tetapi sangat manis harganya. Maka berusahalah kita menyucikan hati kita, InsyAllah...jika kita bersungguh pasti Allah permudahkan jalan hambaNya yang ingin menjadi muslim yang baik.
InsyAllah saudara-saudara, semoga kita semua dirahmati Allah SWT...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan