Khamis, 14 Ogos 2014

Bintang Hati Saya by Riley Fizan






Hakimi Adam Song, pelajar kolej yang hobinya mencerap langit. Nampak tenang, suka tersenyum, bijak.

Adriyana, pelajar kolej yang easy-going dan selalu blur. Mendapat keputusan peperiksaan yang sangat teruk. Pensyarah sudah mengamuk. Untuk menamatkan pengajian, Adriyana perlu belajar di bawah seorang tutor, Hakimi. Pesan BFF-nya, Nita Rudani dan Rafiq, jangan dekati lelaki itu. Hakimi adalah raksasa!

Perlahan-lahan Adriyana berubah. Dia dipaksa menyertai Kelab Pemerhati Bintang Amatur yang presidennya adalah Hakimi. Pelajarannya juga semakin baik. Adriyana tidak nampak di mana 'raksasa'nya Hakimi itu.

Sehinggalah kemunculan Teelofa. Pada suatu hari, segala-galanya berubah. Hakimi Adam Song tiba-tiba hilang.

Enam tahun kemudian, Adriyana menerima poskad misteri. Sepertinya Hakimi muncul kembali. Dan bersama-sama harapan untuk menemui Hakimi semula, nyawa Adriyana pula terancam. Ada orang mahu membunuhnya. Misteri zaman kolej mula terungkap. Siapa sebenarnya Hakimi, dan ke mana dia menghilang selama ini?


"Polaris tetap berada di langit utara. Kalau tiba-tiba saja ia hilang, pasti ada hijab yang menghalang kita daripada melihatnya di langit."

Entri Lama tidak bersua huhu



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Lamanyaaaaaaa tidak menjenguk ke sini. Blog yang sepi makin bertambah sepi jadinya.
Maaf...maaf yang banyak-banyak, saya ‘ter’sibuk sedikit hehe, tidak mengapa bukan, demi mengejar impian.
Ramadhan telah berlalu, dan kini kita masih di bulan Syawal. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,maaf zahir dan batin ya kawan-kawan hehe

Okey, sebenarnya saya ada banyak benda hendak cerita ini, tetapi biarlah satu persatu ya
Untuk entri kali ini cukuplah saya memaklumkan yang nama pena saya sudah bertukar kepada RILEY FIZAN. Ye..saya masih lagi Cik Ruru, Cuma untuk dunia penulisan saya kini memakai nama pena Riley Fizan.
Mengapa mahu bertukar nama? Tunggu entri seterusnya hehe