Isnin, 10 Ogos 2015

38 minggu dan....

Assalamualaikum....

Rasa sayang pula tinggalkan blog ini berhabuk walaupun kurang pengunjungnya.

Pada awalnya tujuan saya menulis blog ini adalah untuk hebahan novel dan juga hasil penulisan saya. (baru satu novel je ye tak? Hehe)

Sebenarnya saya sekarang berada dalam fasa 38 minggu kandungan. Itu yang projek penulisan tertangguh seketika. Ada jugalah seorang dua pembaca bertanya di Facebook tentang novel kedua. Rasa kalut juga bila ditanya begitu.

Bagaimana nak cakap ya? Hati nak sangaaaattttt menulis, tapi tubuh badan kata rehat cukup-cukup untuk persediaan bersalin. Makanya saya rehat-rehat je la ye buat beberapa bulan ini.

Sambungan Bintang Hati Saya akan saya siapkan sebelum hujung tahun. Dan dalam masa yang sama saya sedang menukang manuskrip baru juga untuk publisher lain. Kerja penulis ialah menulis, dan menulislah yang harus saya buat kan? Kan? Doakan saya ya  ^_^

P/s: ramai yang tak tahu saya dah berkahwin kan? Hehe saya sebenarnya lebih suka blend with the background. Orang jarang perasankan kewujudan saya hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan