Rabu, 29 Jun 2011

ehem2...salam..

tak dapat  menahan diri untuk tertanya-tanya, adakah orang di luuuuuuar sana yang membaca cerita di dalam blog kecil yang baru di buat beberapa jam lalu. tak boleh salahkan perasaan ingin tahu, tak gitu? (",)

mungkin sambungan cerita-cerita yang sudah di upload ke dalam blog ini akan lambat sikit menemui pembaca, kerana semua cerita-cerita itu aku tulis dalam buku latihan. jadi..untuk menaipkannya semula ke komputer..fuhh...makan masa juga. harap bersabar ya...entahlah, tetap juga suka menulis cerita menggunakan pen dan kertas walaupun bapa dah sedekahkan laptop zaman antik dia kat aku. bila duduk di satu sudut bersama buku dan pen, ha..masa tu lah aku akan log-out dari dunia sekejap hehe. kerana itu juga bila saja aku singgah kat mana-mana kedai yang ada menjual buku-buku nota, masa itulah aku kena menahan nafsu untuk membeli semua buku-buku yang masih kosong itu. bagi aku buku-buku yang masih kosong tanpa tulisan itu bagaikan sehelai pakaian yang cantik menunggu untuk aku pakai, hehehe betula kah perumpamaan itu.

terfikir jugak di hati untuk fotocopy saja banyak-banyak semua buku latihan itu dan jual pada sesiapa yang mahu. boleh ke macam itu. ataupun, tulis cantik-cantik, siap buat visual yang lawa, lepas itu cari kedai printing, print lok-elok, lepas tu, iklankan de fb. entahlah..

walau apa pun, aku masi lagi amatur di dalam bidang penulisan, masih lagi belajar melalui pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain.InsyaAllah...aku akan berusaha membuatkan anda gembira dengan setiap baris ayat yang aku tuliskan. (",)

3 ulasan: