bangun pagi sahaja, sudah melihat bumi di basahi hujan
wah...seronoknya, sangat suka kan hujan. bunyi rintik-rintik hujan itu bagaikan satu irama merdu yang menenangkan jiwa gundah gulana cewahh...
Allah Swt Maha Agung....
jadi, memandangkan hari ini hari ahad, dan sekali sekala hendak bermalas-malasan,
maka sudah merangcang untuk brunch sahaja (breakfast + lunch).
pukul 10 pagi, hujan masih renyai-renyai,
sudah bersiap selepas mandi untuk turun ke kedai membeli bahan untuk lauk-pauk.
dengan payung transparent yang di beli di Daiso (harga RM5 sahaja )
aku pun melangkah tenang di bahu jalan.
persekitaran semuanya nampak basah,
bagus...manalah tahu dapat membasuh segala 'kekotoran' kita semua kan?
selepas membeli barangan untuk brunch,
aku bercadang hendak balik terus lah,
namun tidak pula aku menyangka yang aku akan balik dengan basah kuyup walaupun aku sudah menyediakan payung untuk diri ku.
terima kasih kepada pemandu Land Cruiser hitam ( yang tidak sempat aku lihat nombor platenya)
kerana tergamak memandu laju di jalan raya yang sibuk sehingga tayarnya memercikkan air lopak ke arah aku sedangkan beberapa kenderaan lain memandu dengan perlahan di jalan itu.
anda orang kaya, kacak dan anda bergaya dengan kereta anda,
tetapi sayang anda tiada adab.
anda patut malu dengan diri anda
aku pulang dengan rasa kesal,
bukan kerana aku sudah basah kuyup,
tetapi aku sudah ada bukti,
ramai manusia sekarang sudah hilang peradabannya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan