Ahad, 3 Jun 2012

Once upon a time 2 : papan luncur terapung

sewaktu aku masih dalam sekolah menengah di tingkatan satu, kalau tidak silap lah, aku sangat teruja menonton filem Back to the future 2 di TV. bukan teruja lagi, malah sudah terpengaruh. terpengarah dengan hoverboard yang di naiki oleh watk utamanya , Marty Mcfly. terfikir kalau betul ada di jual hoverboard ini, tentu senang aku hendak pergi sekolah, tidak payahlah lagi aku duduk bersempit-sempit dalam bas sekolah ( bas mini kuning). tapi kalau betul ada di jual pun tentu harganya mahal macam kereta Ferrari kan?



jadi seperti biasa, aku yang pelik ini pun membuat keputusan untuk mencipta sendiri sebuah Hoverboard.
hehe bukan alang-alang ya, budak umur 13 tahun hendak mencipta sebuah papan luncur terapung....

tapi waktu itu aku sangatlah yakin yang aku akan berjaya,
berpuluh-puluh lakaran hoverboard aku buat,
aku kaji apa bahan-bahan yang patut di gunakan,
zaman aku itu belum ada lagi istilag 'google je kat internet'
jadi aku sanggup cari buku-buku rujukan di perpustakaan daerah
langsung tiada, ataupun aku yang tidak terjumpa.
dalam buku teks sains tiada pula tentang mencipta mekanisme untuk mengapungkan benda,

malah mak aku marah juga sebab dia kata aku sibuk dengan benda-benda mengarut, buang masa, dia kata aku kuat berangan, lebih-lebih lagi bila aku hendak ubahsuai skateboard adik aku,
adik-adik aku pun mungkin sangka aku dah tak betul hahah
tapi waktu itu aku sudah berjaya mendapat formulanya,

namun....semuanya tiba-tiba terhenti, just like that...

orang sekeliling aku tegur janganlah berfikir yang bukan-bukan, anggap aku freak, dan yang lebih penting bahan-bahan untuk membuat hoverboard itu....sangat mahal,

bekal duit aku ke sekolah waktu itu pun cuma RM0.50 sahaja, kalau aku mula mengumpul sepuluh sen sehari pun, rasanya lama lagi baru terlaksana

jadi, di sebabkan kekurangan galakan dan kewangan
projek itu aku lupakan begitu sahaja. semua nota-nota tentang projek gila aku itu masih aku simpan, sebagai kenangan. tetapi aku rasa ianya hilang sewaktu kami sekeluarga berpindah balik ke Tawau....

bila teringat kembali semua itu, aku tersenyum-senyum sendiri, huh berangan hendak menjadi pereka konon...

namun cuba bayangkan jika waktu itu aku tekad meneruskan usaha aku, pasti sekarang ramai budak-budak beruniform sekolah meluncur di udara dengan hoverboard ^^

never stop dreaming....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan