Jumaat, 31 Ogos 2012

Hidayah

Setahun sebelum...

Joyah : Peah...

Peah  : iya....

Joyah :Malik bagitahu aku kan, semalam dia nampak Ila pergi clubbing lagi. minum-minum...

Peah  : Iya? Astagfirullah...apa nak jadi dengan kawan kita tu..

Joyah : kan? Malik cakap dia seksi betul ooo semalam, pakai mini skirt. make-up macam artis Hollywood .

Peah  : nanti kita nasihatkan lah Ila tu, semoga hatinya terbuka untuk berubah menjadi muslimah sejati ya

Joyah :Iya, itulah. sepatutnya dia sebagai seorang perempuan ada rasa malu lah kan tidak perlu lah kan masuk dalam tempat-tempat macam itu. menutup aurat itu kan satu kewajipan, berdosa tau.lagi satu, dia tu memalukan mak bapa dia sahaja, dan kita ni yang bergelar kawan-kawan dia. kalau orang lain tanya kenapa Ila tu berperangai begitu, malu aku tau Peah... nanti kita pergi jumpa dia ya...

Peah  :baik...jadi Malik tu pun masuk tempat macam tu jugalah kan? sebab tu lah dia boleh nampak Ila kan?

Joyah : Errr....

Setahun kemudian...

Joyah : Peah! Peah!

Peah  : Iya...apa dia?

Joyah : Tadi, tadi aku pergi shopping barang dapur, cuba teka aku terserempak dengan siapa?

Peah  : Siapa?

Joyah : Ila!

Peah  :Iya? okay lah tu, dah lama kita tidak jumpa dia kan? apa khabarnya dia? sihat?

Joyah : dia pelik ooo tadi Peah. siap bertudung labuh lagi tu! katanya baru balik dari usrah. pelik ooo, pelik..

Peah  : kenapa pula kau cakap macam itu?

Joyah : kau tidak rasa pelikkah, kawan kita yang suka clubbing dan minum arak serta berpakaian seksi itu, tiba-tiba ubah penampilan? aku rasa ada something wrong lah dengan dia ni....entah-entah dia dah nak kahwin tak? tu lah tiba-tiba pakai tudung, manalah tahu dapat bakal suami macam ustaz kan? ataupun dia pakai sebab hari tu kan bulan Ramadhan? orang yang suka buat dosa macam dia tu, manalah tahu erti insaf ke, taubat ke kan? huh, mesti dia pakai sekejap-sekejap je tu, esok lusa terbang dah tudung dia. huh,apa jenis kawan lah ila tu....buat malu aku je...eh, eh, Peah, kau nak pergi mana tu? aku belum habis cerita lagi...

Peah  : Hidayah itu kan milik Allah? dan aku rasa kau ni yang ada something wrong...Salam Alaik...

Joyah : Err..peah....


P/s: jadilah manusia yang baik-baik, kalupun tidak dapat menjadi manusia terbaik ^^

Khamis, 9 Ogos 2012

antara cara untuk hidup bahagia

Assalamualaikum semua....

nak kongsi satu cerita ni,

teringat sewaktu zaman sekolah dulu, tapi lupa tahun bila,
ada seorang cikgu ini bercerita lah pada kami sekelas ( lupa lagi nama cikgu nya...)

Alkisah...

di sebuah kampung ini, terdapat seorang saudagar yang agak berada jugalah. beliau sudah kematian isteri, dan mempunyai  dua orang anak kembar lelaki yang masing-masing sudah berumah tangga. kita namakan anak mereka sebagai Aman dan Amin saja ya.

Satu hari saudagar ini hendak menguji anak-anaknya, siapa yang paling berkebolehan dan layak untuk mengambil alih perniagaannya kelak. jadi dia pun memanggil Aman dan Amin menghadapnya.

"Bapa panggil ni sebab hendak bincangkan sesuatu..."

"Bapa hendak tentukan siapa yang akan ambil alih perniagaan bapa kah? pilih saya bapa! sebab saya selalu dapat nombor satu dalam kelas, Amin ni cuma dapat nombor belas-belas sahaja pak, jadi saya lebih bijak," kata Aman dengan gelojohnya.

Saudagar itu terangguk-angguk perlahan. dia tahu Aman memang lebih bijak dalam pelajaran berbanding Amin. malah Aman lebih tampan dari Amin.

"Ya, memang bapa mahu bincang pasal itu. tetapi sebelum bapa buat keputusan itu, bapa mahu beri kamu ujian,"

"Ujian pak? heh, itu memang makanan saya pak!" ujar Aman lagi dengan angkuh. Amin cuma tersenyum.

"Baiklah. mulai hari ini  bapa kan berikan RM500,000 setiap seorang dan sebidang tanah untuk kamu usahakan. keluarlah dari rumah ini dan bina kehidupan kamu sendiri dengan modal yang bapa berikan itu,"

Aman dan Amin tersenyum lebar. duit sebanyak RM50,000 dan sebidang tanah? ini sudah jadi durian runtuh.

"Tapi, tapi ada syaratnya. selepas sebulan, bapa akan menilai kehidupan kamu selepas di berikan  modal itu. sesiapa yang langsung kehabisan duit RM500,000 itu secara automatiknya bapa tolak dari menjadi waris. dan kamu tidak akan bapa bantu satu sen pun sepanjang satu bulan itu," terang Saudagar itu lagi.

Aman dan Amin mengangguk faham dan bersedia menerima ujian itu. Si bapa tersenyum lagi.

"Sebelum kamu mula jalanai hidup dengan cara kamu, bapa ada beberapa tips untuk mencapai kebahagian hidup," ujar si bapa. Aman dan Amin tekun mendengar.

"Tipsnya ialah, jangan sampai terkena matahari sewaktu pergi berkerja di ladang, dan jangan terkena matahari juga sewaktu balik bekerja. binalah rumah yang bagaikan istana di dalamnya. kalau makan, lauk mestilah seribu. setiap hari , sebanyak lima kali sehari mesti bersenam dan menghubungi yang tersayang. jika kamu amalkan tips ini, nescaya kamu boleh bahagia,"

lalu, dua beradik itu pun melangkah keluarlah dari rumah si bapa dengan wang RM500,000 masing-masing. tanah yang di berikan oleh si bapa kepada mereka cuma terletak bersebelahan.

"Kau tengoklah Amin, aku akan tunjukkan kau bagaimana menggurus modal ini dan menjadi bahagia," kata si Aman dengan penuh yakin.

perkara pertama yang Aman lakukan ialah membina sebuah banglo besar bak istana untuk menjadi kediamannya dan isteri. rumah itu sangat indah dan di lengkapi dengan perabot mahal-mahal. dia membuat laluan berbumbung dari rumahnya terus ke ladang demi mengikut tips bapanya agar tidak terkena matahari sewaktu pergi dan pulang berkerja di ladang. sewaktu makan pula, dia mengarahkan isterinya memasak lauk-pauk yang sangat banyak sehingga penuh meja makan demi mengikut tips ayahnya bahawa makan mestilah lauk seribu. setiap hari, dia akan menghubungi bapanya sebanyak lima kali, sebagai tanda bapanya lah yang paling di sayangi dalam hidup. Aman mula berasa yakin bahawa dialah yang akan berjaya dalam ujian ini.

namun, belum pun sampai sebulan, duit modal yang di berikan bapanya sudah hampir kehabisan kerana sentiasa membeli lauk-pauk yang banyak setiap kali makan. belum lagi di tolak dengan kos membina banglo bak istana. Aman pula kelihatan tidak sihat, berwajah pucat dan selalu berasa tidak larat berkerja di ladang sehinggakan tanamannya rosak tidak terurus. dia dan isterinya sering sahaja bergaduh akibat kesempitan duit. Aman mula rasa terhimpit. dengan berat hati dia melawat Amin demi meminta bantuan keewangan.

Amin yang menyambutnya kelihatan sangat berbeza denganya. Amin berbadan sasa dan sihat walafiat. wajahnya sering sahaja tersenyum. Amin membawa Aman ke rumahnya yang di bina sederhana kecil. Isteri Amin pun kelihatannya tidak marah-marah seperti isterinya. Aman dan isterinya kelihatan bahagia di rumah sederhana kecil itu. malah menurut Amin, duit modal 500,000 yang di berikan ayahnya itu masih banyak yang tersimpan.

lalu, Aman pun bertanya apa rahsia Amin sehinggakan dia boleh hidup bahagia. Amin memberitahu bahawa dia cuma mengikut tips yang bapa mereka berikan.
 
"Mustahillah! aku juga ikut tips yang bapa berikan, tapi langsung tidak berjaya! mungkin kau ini diam-diam minta bantuan bapa ya?!"

\"Tidak, memang betul, aku cuma ikut tips bapa..."

"contohnya?"

"Menurut bapa, jangan sampai terkena matahari ketika pergi dan balik dari ladang. jadi selepas subuh aku sudah turun mengerjakan ladang dan pulang ke rumah sebelum azan maghrib berkumandang. waktu berkerja kita jangan culas. jadi aku tidak pernah mengelakkan matahri, aku pun sentiasa sihat Alhamdulillah. kemudian kata bapa, bina rumah yang kamu terasa bagai istana di dalamnya. lalu aku dan isteri ku bersetuju membina rumah sederhana saja, namun cukup keperluannya. itu sudah ku kira bagai istan buat kami. dan bilang bapa lagi jika makan, lauk mesti seribu. ku suruh istri ku membeli ikan basong yang murah namun banyak kuantitinya, udang kecil yang murah namun banyak kuantitinya, bagi kami ketika makan lauk itu sudah nampak seribu. asal kenyang sudah mencukupi, tidak perlu membazir dan kami suami isteri pun bebas dari penyakit terlalu banyak makan. lagi menurut bapa setiap hari sentiasa hubungi yang tersayang bagi mu. lalu aku dan isteri berusaha tidak meninggalkan solat lima waktu kerana Allah itulah yang tersayang buat kami, Dialah yang memberikan kami rezeki melalui bapa. lihat, aku memang ikut tips bapa,"

Aman langsung terdiam mendengar penjelasan Amin. ternyata selama ini dia terlalu gopoh dalam membuat keputusan tanpa berfikir panjang.

Jadi, menurut pembaca sekalian, siapa lebih bijak ? ^^

Jumaat, 3 Ogos 2012

Ramadhan, birthday & handmade

Assalamualaikum....

sebenarnya kan, selepas daftar dengan Nuffnangs ni kan, memang hajat mau update blog senantiasa, manalah tahu murah rezeki kan hihi... namun apa kan daya , internet langsung tidak boleh connect. La ni baru dapat pinjam broadband adik lelaki dengan syarat dia suruh saya top up sendiri...kedekut...

tetapi tidak mengapalah kan, mana boleh harap barang free selalu kan, jadi dengan penuh dedikasinya saya pun top up lah broadband ni untuk meng-updatekan blog yang tidak seberapa ini.... jadi maafkan saya kalau saya akan membuatkan anda mengantuk dengan celoteh panjang saya dalam entry kali ini, lama tidak bersua lah katakan hoho

Alhamdulillah kita masih lagi di berikan peluang menjalani ibadah puasa, sudah hari yang ke 15 ya para pembaca sekalian, 10 malam penuh kerahmatan sudah berlalu, kita sekarang berada dalam 10 malam pengampunan, jadi ambil lah peluang ini sebaik-baiknya, sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengampun...dan tinggal lima hari lagi sebelum kita menempuh 10 malam yang terakhir di mana terdapat malam LailaturQadar, malam yang lebih baik dari seribu malam. Kita jangan sia-siakan peluang ini ya...insyAllah...

pada Ramadhan ke-6 yang lalu adalah hari ulang tahun kelahiran saya. bermakna saya sudah berumur 28 tahun...kira suku abad lah tu kan? Alhamdulillah..terima kasih buat rakan-rakan dalam dan luar Facebook yang sudi mendoakan saya, sebenarnya blushing juga tahu, sebab saya ni pemalu, rasa bertuah anda-anda semua sangat baik.  tiada sambutan pada hari itu, dan saya memang tidak suka huha huha , just duduk diam-diam sahaja. dan cuma keluar makan malam dengan Big Boss ( Ayahanda) dan Assistant ( adik lelaki) haha. BiG Boss yang belanja. pada hari itu juga saya diuji dengan demam dan sakit tekak, bersyukur ke hadratNya...Alamdulillah Allah masih ingatkan saya ^^,

Walaupun tidak mengharap, ada juga ya teman-teman berikan saya hadiah, yang buat saya teruja ialah hadiah itu adalah sesuatu yang saya sangat idam-idamkan sejak dua bulan setengah lalu...taraaaa....







Ya...itu dia...novel yang saya paling nantikan di tahun 2012...huhu, terharu juga, terima kasih pada yang berkenaan... saya mahu baca buku ini lambat-lambat, jadi lambat lah buku ini habis....suka-suka-suka ^^ tetapi bukan dapat ini sahaja...ada lagi....taraaaa


Tudung bawal yang comel ada corak rimau lagi ganas ye kawan-kawan hehe, wah...sangat suka wooo sama tudung bawal, biarpun orang lain kata pakai shawl dan tudung lip-lap lagi bergaya, oh please... saya ni kan sangat teruk dalam ber-fashion, jadi dapat tudung begini pun sudah suka sangat, yang penting labuh di depan dan belakang, haha

Itu sahajalah rasa-rasanya, tetapi sangat menghargainya, terima kasih pada yang berkenaan ya huhu...

awal bulan puasa hari itu kan, saya nekad mahu jadi produktif la kan, konon-konon mahu menyiapkan manuskrip yang tertunggak itu, namun...kadang-kadang malas itu pandai-pandai mahu jadi raja dalam diri saya, apalah Cik Ruru...unta padang pasir pun tiada malas macam kau lah hahaha, tetapi adalah juga saya siapkan sikit-sikit, kalau nampak gaya si pemalas ni kan, memang hujung tahun juga baru siap tu kan. haha, biar lambat asal berkualiti cewaaahhhh gitu ayat ye...saya juga curi-curi masa hendak siapkan cerpen 4000 perkataan untuk satu grup ni, harap-harap saya dapat siapkan sebelum 10 Aug ini, doakan ya...jika berjaya di terima, saya akan kongsikan di blog ini ^^

saya ada buat juga beberapa handmade, contohnya macam ini...


inilah sampul duit raya, buat sendiri. selalunya kan saya tengok orang jual sampul duit raya bukan main mahal, sedangkan budak-budak kalau sudah dapat duit raya, mananya diorang henda pedulikan sampul itu lagi. jadi konon-konon mahu ada gaya tersendiri, saya pergi sahaja beli wrap paper cantik-cantik di Kaison dan gunting, gam, lalu siaplah...sampul duit raya inspired By Ruru haha, ayat kalah designer lagi...kosnya cuma RM1.00 dan saya sudah dapat 30 keping sampul duit raya. coraknya pun cantik juga kan? kan? kan?...nanti dulu! err..cukupkah budget aku raya ni...? jadi, kalau adalah anda berminat sampul raya with style, bolehlah contact saya si pembuat sampul duit raya amatur ini hihi.




dalam konon-konon kemalasan itu, dapat juga buat beberapa mini handmade note book..eh, betul kah ayat aku? tapi cadand mahu buat banyak-banyak kan lepas tu hadiahkan sahaja pada budak-budak di hari raya nanti. err...ganti duit raya lah, kalau-kalau budget tidak mencukupi hahaha


ini gambar buku resepi sahaja ya, saja je hendak belek-belek manalah tahu satu hari nanti timbul keazaman membara untuk membuat kuih raya sendiri, doakan saya tau ^^.


rasanya itu sahaja kot omelan saya di hari ke 15 puasa ini....saya tahu pasti ramai yang sedang bershopping sakan hendak menyambut Aidilfitri, namun ada juga yang bersedih kerana kelak bakal berpisah lagi dengan Ramadhan yang penuh berkah ini, entah dapatkah bertemunya lagi di tahun hadapan...semoga Allah panjangkan usia kita dalam mentaatiNya...amin...

Terima kasih kerana membaca omelan saya ^^

korang perasan tak saya dah guna 15 perkataan 'kan' dalam entry ni? ^^