Assalamualaikum semua....
nak kongsi satu cerita ni,
teringat sewaktu zaman sekolah dulu, tapi lupa tahun bila,
ada seorang cikgu ini bercerita lah pada kami sekelas ( lupa lagi nama cikgu nya...)
Alkisah...
di sebuah kampung ini, terdapat seorang saudagar yang agak berada jugalah. beliau sudah kematian isteri, dan mempunyai dua orang anak kembar lelaki yang masing-masing sudah berumah tangga. kita namakan anak mereka sebagai Aman dan Amin saja ya.
Satu hari saudagar ini hendak menguji anak-anaknya, siapa yang paling berkebolehan dan layak untuk mengambil alih perniagaannya kelak. jadi dia pun memanggil Aman dan Amin menghadapnya.
"Bapa panggil ni sebab hendak bincangkan sesuatu..."
"Bapa hendak tentukan siapa yang akan ambil alih perniagaan bapa kah? pilih saya bapa! sebab saya selalu dapat nombor satu dalam kelas, Amin ni cuma dapat nombor belas-belas sahaja pak, jadi saya lebih bijak," kata Aman dengan gelojohnya.
Saudagar itu terangguk-angguk perlahan. dia tahu Aman memang lebih bijak dalam pelajaran berbanding Amin. malah Aman lebih tampan dari Amin.
"Ya, memang bapa mahu bincang pasal itu. tetapi sebelum bapa buat keputusan itu, bapa mahu beri kamu ujian,"
"Ujian pak? heh, itu memang makanan saya pak!" ujar Aman lagi dengan angkuh. Amin cuma tersenyum.
"Baiklah. mulai hari ini bapa kan berikan RM500,000 setiap seorang dan sebidang tanah untuk kamu usahakan. keluarlah dari rumah ini dan bina kehidupan kamu sendiri dengan modal yang bapa berikan itu,"
Aman dan Amin tersenyum lebar. duit sebanyak RM50,000 dan sebidang tanah? ini sudah jadi durian runtuh.
"Tapi, tapi ada syaratnya. selepas sebulan, bapa akan menilai kehidupan kamu selepas di berikan modal itu. sesiapa yang langsung kehabisan duit RM500,000 itu secara automatiknya bapa tolak dari menjadi waris. dan kamu tidak akan bapa bantu satu sen pun sepanjang satu bulan itu," terang Saudagar itu lagi.
Aman dan Amin mengangguk faham dan bersedia menerima ujian itu. Si bapa tersenyum lagi.
"Sebelum kamu mula jalanai hidup dengan cara kamu, bapa ada beberapa tips untuk mencapai kebahagian hidup," ujar si bapa. Aman dan Amin tekun mendengar.
"Tipsnya ialah, jangan sampai terkena matahari sewaktu pergi berkerja di ladang, dan jangan terkena matahari juga sewaktu balik bekerja. binalah rumah yang bagaikan istana di dalamnya. kalau makan, lauk mestilah seribu. setiap hari , sebanyak lima kali sehari mesti bersenam dan menghubungi yang tersayang. jika kamu amalkan tips ini, nescaya kamu boleh bahagia,"
lalu, dua beradik itu pun melangkah keluarlah dari rumah si bapa dengan wang RM500,000 masing-masing. tanah yang di berikan oleh si bapa kepada mereka cuma terletak bersebelahan.
"Kau tengoklah Amin, aku akan tunjukkan kau bagaimana menggurus modal ini dan menjadi bahagia," kata si Aman dengan penuh yakin.
perkara pertama yang Aman lakukan ialah membina sebuah banglo besar bak istana untuk menjadi kediamannya dan isteri. rumah itu sangat indah dan di lengkapi dengan perabot mahal-mahal. dia membuat laluan berbumbung dari rumahnya terus ke ladang demi mengikut tips bapanya agar tidak terkena matahari sewaktu pergi dan pulang berkerja di ladang. sewaktu makan pula, dia mengarahkan isterinya memasak lauk-pauk yang sangat banyak sehingga penuh meja makan demi mengikut tips ayahnya bahawa makan mestilah lauk seribu. setiap hari, dia akan menghubungi bapanya sebanyak lima kali, sebagai tanda bapanya lah yang paling di sayangi dalam hidup. Aman mula berasa yakin bahawa dialah yang akan berjaya dalam ujian ini.
namun, belum pun sampai sebulan, duit modal yang di berikan bapanya sudah hampir kehabisan kerana sentiasa membeli lauk-pauk yang banyak setiap kali makan. belum lagi di tolak dengan kos membina banglo bak istana. Aman pula kelihatan tidak sihat, berwajah pucat dan selalu berasa tidak larat berkerja di ladang sehinggakan tanamannya rosak tidak terurus. dia dan isterinya sering sahaja bergaduh akibat kesempitan duit. Aman mula rasa terhimpit. dengan berat hati dia melawat Amin demi meminta bantuan keewangan.
Amin yang menyambutnya kelihatan sangat berbeza denganya. Amin berbadan sasa dan sihat walafiat. wajahnya sering sahaja tersenyum. Amin membawa Aman ke rumahnya yang di bina sederhana kecil. Isteri Amin pun kelihatannya tidak marah-marah seperti isterinya. Aman dan isterinya kelihatan bahagia di rumah sederhana kecil itu. malah menurut Amin, duit modal 500,000 yang di berikan ayahnya itu masih banyak yang tersimpan.
lalu, Aman pun bertanya apa rahsia Amin sehinggakan dia boleh hidup bahagia. Amin memberitahu bahawa dia cuma mengikut tips yang bapa mereka berikan.
"Mustahillah! aku juga ikut tips yang bapa berikan, tapi langsung tidak berjaya! mungkin kau ini diam-diam minta bantuan bapa ya?!"
\"Tidak, memang betul, aku cuma ikut tips bapa..."
"contohnya?"
"Menurut bapa, jangan sampai terkena matahari ketika pergi dan balik dari ladang. jadi selepas subuh aku sudah turun mengerjakan ladang dan pulang ke rumah sebelum azan maghrib berkumandang. waktu berkerja kita jangan culas. jadi aku tidak pernah mengelakkan matahri, aku pun sentiasa sihat Alhamdulillah. kemudian kata bapa, bina rumah yang kamu terasa bagai istana di dalamnya. lalu aku dan isteri ku bersetuju membina rumah sederhana saja, namun cukup keperluannya. itu sudah ku kira bagai istan buat kami. dan bilang bapa lagi jika makan, lauk mesti seribu. ku suruh istri ku membeli ikan basong yang murah namun banyak kuantitinya, udang kecil yang murah namun banyak kuantitinya, bagi kami ketika makan lauk itu sudah nampak seribu. asal kenyang sudah mencukupi, tidak perlu membazir dan kami suami isteri pun bebas dari penyakit terlalu banyak makan. lagi menurut bapa setiap hari sentiasa hubungi yang tersayang bagi mu. lalu aku dan isteri berusaha tidak meninggalkan solat lima waktu kerana Allah itulah yang tersayang buat kami, Dialah yang memberikan kami rezeki melalui bapa. lihat, aku memang ikut tips bapa,"
Aman langsung terdiam mendengar penjelasan Amin. ternyata selama ini dia terlalu gopoh dalam membuat keputusan tanpa berfikir panjang.
Jadi, menurut pembaca sekalian, siapa lebih bijak ? ^^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan