Rabu, 26 September 2012

start all over again

Assalamualaikum.....

i've been thinking hard...something is not right with the manuscript i'm working right now....

i reread it again and again, i feel like i'm lost in my own story, cerita jadi tidak logik dan boring,

kalau saya sendiri rasa tulisan saya membosankan, tentu orang lain akan anggap ianya lebih membosankan kan...

oh my...i feel like i been wasting the whole year for nothing...

but nevermind, i will start all over again,

then, i start again from the chapter 1

oh ya, by the way my BUDAK LANGIT blog is closed for a while, until i found my 'story',

aiya...manyak sedih owh...


kawan-kawan, doakan supaya urusan saya dipermudahkan ya ^^

Sabtu, 8 September 2012

You're my Daddy Long Legs?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

tentu anda masih ingat saya pernah buat entry tentang animasi Daddy Long Legs tidak lama dahulu?
ingat tak? ingat tak?
ingat tak yang saya pernah tulis ingin mendapatkan yang versi novel pula? tentu ingat kan?

dan akhirnya....



berjaya juga saya dapatkannya sewaktu di pesta buku tempohari, tetapi dalam versi Bahasa Melayu terbitan PTS One. tetapi tidak kisahlah kan, asalkan dapat novelnya hahaha

memandangkan buku ini agak tipis, lebih kurang dalam 150 lebih muka surat ( ini kira sangat tipis untuk ulat buku), jadi saya tidak sampai hati hendak membacanya sesegera mungkin. bimbang akan cepat habis...hahah agak kebudak-budakan kan? namun, akhirnya dalam tamat juga membacanya dalam tempoh satu hari setengah.

oh...saya sangat sukakannya! membaca transformasi Judy Abbott ( Jerusha Abbott) daripada seorang anak yatim yang membesar di rumah kebajikan kepada seorang wanita yang lebih matang dan bersedia untuk menghadapi dunia luar yang memang mencabar. dia menulis kepada penaja biasiswanya yang tidak dikenalinya langsung, rupa-rupanya Mr.Daddy Long Legs itu ialah Jervie Pandleton, her first love!

"You're My Daddy Long Legs?"
terbayang-bayang saya Judy menekup mulut dengan tapak tangan ketika pertama kali di benarkan berjumpa dengan Mr.Daddy Long Legs hihi

Judy juga sangat berjiwa kental kerana terus berusaha menjadi penulis walaupun karyanya beberapa kali di tolak.
(tahu kah anda karya J.K Rowling pun pernah di tolak sebanayak 12 kali sebelum berjaya di terbitkan! mereka sangat kental kan?)
bagi saya Judy membuatkan saya terasa muda semula. entahlah...tetapi surat-surat yang di tulisnya kepada Mr.Daddy Long Legs nya amat seronok di baca. kita ingin sangat mengetahui bagaimana dia menghadapi kehidupannya di kolej, kegembiraannya tentang semua perkara baru yang di pelajari, kesedihannya dan kedukaannya yang kadang-kadang terasa kesepian tanpa ahli keluarga, dan tekadnya untuk menjadi penulis tersohor demi membayar balik duit biasiswa kepada Mr. Daddy Long Legs. ketika membaca buku yang pertama kali di terbitkan pada tahun 1912 ini, saya merasakan Judy sangat beruntung kerana sekurang-kurangnya dia bergembira walaupun hanya untuk hal yang sederhana, membuatkan saya menoleh melihat bagaimana pada masa kini kegembiraan anak gadis kita bergantung kepada samaada line internet bersambung kah tidak-aku-hendak-update-status-Facebook-aku-yang-gempak-ini, sudah cukup canggihkah telefon bimbit aku ini atau tidak, solekan aku ini setaraf artis Hollywood kah atau tidak, ataupun baju aku ini sudah cukup trendykah atau tidak. 

kadang-kadang kita memang patut mengkagumi ibu-bapa, nenek atuk dan moyang kita yang hidup di zaman dulu-dulu, betapa mereka sangat cekal dapat teruskan hidup tanpa teknologi yang maju seperti sekarang. mereka lebih cool.

bukan nya niat saya hendak menidakkan teknologi ya, cuma kadang-kadang bila terdengar sesetengah rungutan seperti dibawah, saya rasa menyampah

"Alamak, kereta rosaklah, macamana hendak pergi bandar? naik bas awam tak bestlah, tak cool!"
"Oh no...blackout lagi...habislah tidak dapat online lagi..."
"Kipas ini rosak pula....mati kepanasanlah aku macam ini..."
"Lowbatt!!!! Handphone aku lowbattt!!!! oh, dunia sangat kejam!!!"

Err...ini dah menyimpang topik kah?

maafkan saya...ya?

oaky berbalik kepada novel tadi, saya sukakan buku ini dan akan mencari novel versi Bahasa Inggerisnya pula. memang saya lebih sukakan novel classic, ianya lebih original, if you know what i mean

by the way, buku terjemahan oleh PTS ini memang sesuai di baca oleh young adult, sebab bahasanya yang menggunakan Bahasa Melayu Tinggi, tiada kata-kata yang kurang sopan, ada nilai-nilai moral juga ( ini penting ya), dan bebas dari unsur lucah ( ini lagi sangat penting)

TahniaH PTS dan kalau boleh terbitkan lagi banyak buku klasik yang bermutu.

Thank You For Reading This Entry.

Dulu semua tools saya berwarna merah striking, entah memang suka warna merah. tetapi sejak akhir-akhir ini lebih suka kepada warna merah jambu? kenapakah? mungkinkah saya akan bertukar menjadi wanita yang lebih sopan dan berjiwa lemah lembut? Oh...jika ingin menjadi seorang Muslimah seharusnya begitu kan?
 
^^,

Ahad, 2 September 2012

I will keep moving foward

Assalamualaikum.....

masih berada di bulan Syawal ini, lalu hendaklah kiranya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua umat Islam seluruh dunia....

Apa kahabar anda semua? semoga sihat hendaknya...wahhh bukan main beradab sapaan saya kan hik hik.

oh ya, inilah hasil tangkapan saya di Pesta Buku Kota Kinabalu tadi 



Tidak banyak...mungkin sebab tidak banyak pilihan, booth pun tidak banyak. lagipun, sebelum ke sini sempat lagi kami makan di KFC ya, jadi beli buku sudah berkurangan ya hahaha,

namun beli buku sedikit begini pun saya sudah cukup gumbira. tapi ada yang lenih mengembirakan saya... nak tahu?


Inilah dia! antologi cerpen yang saya tunggu-tunggu! hendak tahu kenapa? kerana saya berjaya menyumbangkan cerpen saya yang tidak seberapa dalam buku TAMU ini. anda semua tidak tahu bagaimana saya mahu tersenyum lebar, menahan dada yang sudah hangat dengan kegembiraan, dan air mata yang hampir mengalir sebaik sahaja tangan menyentuh buku ini tadi...mungkin agak overreacting sedikit. but i have my reason ya

ramai orang mengatakan penulis ialah sesorang yang hasil tulisannya sudah di terbitkan oleh syarikat penerbitan. dan mengatakan orang seperti saya ni tidaklah layak mengelar diri sebagai penulis. oh kecik hati ku ini. kadang-kadang ada juga manusia yang mahi tidak faham, rezeki itu Allah yang tentukan, biar sekuat mana pun kita berusaha. pada mulanya saya tidak kisah juga la, sebab saya menulis cerita-cerita saya di dalam buku latihan pun satu kepuasan juga. tetapi lama-kelamaan, saya seorang manusia biasa ini pun boleh menjadi 'down' beerhadapan dengan manusia sebegini. kadang-kadang nafsu untuk menulis pun sudah tiada. sedangkan inilah yang saya suka lakukan. semangat saya bagaikan hilang hanya kerana kata-kata dari orang lain. oh...salahkah menjadi penulis yang belum berjaya di terbikan hasil penulisannya.


Antara penulis-penulis berbakat dalam buku "TAMU". Have you spot my name over there? ^^


melihatkan ini, saya menjadi kembali pasti. this is what i love to do, tidak wajar rasanya saya cepat 'down' dengan kata-kata orang lain. saya akan terus menulis, walaupun tiada syarikat penerbitan mahu terima manuskrip saya, saya akan terus menulis. saya boleh buat zine sendiri. walaupun tiada sesiapa yang mahu menbaca hasil tulisan saya dan cuma tinggal saya, saya akan terus menulis.i will keep moving foward even after i stumbled hard. i have so much story stuck in my head, just waiting for me to jolt it down. i will never give up. dan saya tidak pernah beranggapan akan menjadi kaya dengan menulis, jadi saya menulis bukan kerana duit.

enough with the heavy...saya nak promote ni, pada sesiapa yang berminat untuk memiliki TAMU, bolehlah dapatkannya di booth 64 pesta buku sabah di Suria Sabah sehingga 9th nanti, ataupun dapatkan secara online di OrbitHijau

sampai di sini sahaja kali ini, terima kasih kerana sudi membaca entri ini, berikan sokongan pada saya ya,
semoga Allah mengurniakan kita semua ilham yang baik-baik untuk terus berkarya ^^