Sabtu, 8 September 2012

You're my Daddy Long Legs?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

tentu anda masih ingat saya pernah buat entry tentang animasi Daddy Long Legs tidak lama dahulu?
ingat tak? ingat tak?
ingat tak yang saya pernah tulis ingin mendapatkan yang versi novel pula? tentu ingat kan?

dan akhirnya....



berjaya juga saya dapatkannya sewaktu di pesta buku tempohari, tetapi dalam versi Bahasa Melayu terbitan PTS One. tetapi tidak kisahlah kan, asalkan dapat novelnya hahaha

memandangkan buku ini agak tipis, lebih kurang dalam 150 lebih muka surat ( ini kira sangat tipis untuk ulat buku), jadi saya tidak sampai hati hendak membacanya sesegera mungkin. bimbang akan cepat habis...hahah agak kebudak-budakan kan? namun, akhirnya dalam tamat juga membacanya dalam tempoh satu hari setengah.

oh...saya sangat sukakannya! membaca transformasi Judy Abbott ( Jerusha Abbott) daripada seorang anak yatim yang membesar di rumah kebajikan kepada seorang wanita yang lebih matang dan bersedia untuk menghadapi dunia luar yang memang mencabar. dia menulis kepada penaja biasiswanya yang tidak dikenalinya langsung, rupa-rupanya Mr.Daddy Long Legs itu ialah Jervie Pandleton, her first love!

"You're My Daddy Long Legs?"
terbayang-bayang saya Judy menekup mulut dengan tapak tangan ketika pertama kali di benarkan berjumpa dengan Mr.Daddy Long Legs hihi

Judy juga sangat berjiwa kental kerana terus berusaha menjadi penulis walaupun karyanya beberapa kali di tolak.
(tahu kah anda karya J.K Rowling pun pernah di tolak sebanayak 12 kali sebelum berjaya di terbitkan! mereka sangat kental kan?)
bagi saya Judy membuatkan saya terasa muda semula. entahlah...tetapi surat-surat yang di tulisnya kepada Mr.Daddy Long Legs nya amat seronok di baca. kita ingin sangat mengetahui bagaimana dia menghadapi kehidupannya di kolej, kegembiraannya tentang semua perkara baru yang di pelajari, kesedihannya dan kedukaannya yang kadang-kadang terasa kesepian tanpa ahli keluarga, dan tekadnya untuk menjadi penulis tersohor demi membayar balik duit biasiswa kepada Mr. Daddy Long Legs. ketika membaca buku yang pertama kali di terbitkan pada tahun 1912 ini, saya merasakan Judy sangat beruntung kerana sekurang-kurangnya dia bergembira walaupun hanya untuk hal yang sederhana, membuatkan saya menoleh melihat bagaimana pada masa kini kegembiraan anak gadis kita bergantung kepada samaada line internet bersambung kah tidak-aku-hendak-update-status-Facebook-aku-yang-gempak-ini, sudah cukup canggihkah telefon bimbit aku ini atau tidak, solekan aku ini setaraf artis Hollywood kah atau tidak, ataupun baju aku ini sudah cukup trendykah atau tidak. 

kadang-kadang kita memang patut mengkagumi ibu-bapa, nenek atuk dan moyang kita yang hidup di zaman dulu-dulu, betapa mereka sangat cekal dapat teruskan hidup tanpa teknologi yang maju seperti sekarang. mereka lebih cool.

bukan nya niat saya hendak menidakkan teknologi ya, cuma kadang-kadang bila terdengar sesetengah rungutan seperti dibawah, saya rasa menyampah

"Alamak, kereta rosaklah, macamana hendak pergi bandar? naik bas awam tak bestlah, tak cool!"
"Oh no...blackout lagi...habislah tidak dapat online lagi..."
"Kipas ini rosak pula....mati kepanasanlah aku macam ini..."
"Lowbatt!!!! Handphone aku lowbattt!!!! oh, dunia sangat kejam!!!"

Err...ini dah menyimpang topik kah?

maafkan saya...ya?

oaky berbalik kepada novel tadi, saya sukakan buku ini dan akan mencari novel versi Bahasa Inggerisnya pula. memang saya lebih sukakan novel classic, ianya lebih original, if you know what i mean

by the way, buku terjemahan oleh PTS ini memang sesuai di baca oleh young adult, sebab bahasanya yang menggunakan Bahasa Melayu Tinggi, tiada kata-kata yang kurang sopan, ada nilai-nilai moral juga ( ini penting ya), dan bebas dari unsur lucah ( ini lagi sangat penting)

TahniaH PTS dan kalau boleh terbitkan lagi banyak buku klasik yang bermutu.

Thank You For Reading This Entry.

Dulu semua tools saya berwarna merah striking, entah memang suka warna merah. tetapi sejak akhir-akhir ini lebih suka kepada warna merah jambu? kenapakah? mungkinkah saya akan bertukar menjadi wanita yang lebih sopan dan berjiwa lemah lembut? Oh...jika ingin menjadi seorang Muslimah seharusnya begitu kan?
 
^^,

3 ulasan:

  1. saya terjah sini.. oh! nampaknya novel itu menarik.. pinjam? haha!!

    BalasPadam
  2. iya, memang sangat best tu...insyAllah jika sudah habis di baca nanti ya

    BalasPadam
  3. Congratz! New Wasaber. Follow all the Wasabers to stay connected among Wasabers. ;)

    -Krew WSB-

    BalasPadam