Sabtu, 14 Julai 2012

Currently doing...

Salam people.....

pernah dengar tidak kata-kata yang berbunyi 'berkatalah yang baik-baik, jika tidak boleh lebih baik diam' ?

pernah tak? pernah tak?

jadi saya hendak upload gambar sahaja lah untuk mengambarkan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian saya, boleh tidak? ^^


nampak tak? buat draf untuk manuskrip 'Budak Langit' beli buku kecil yang baru sebab yang lama sudah penuh dengan tulisan. doakan supaya usaha saya untuk menyiapkan manuskrip ini di permudahkan oleh-Nya ya ^^

  
Nerd glasses yang baru demi melindungi mataku di hadapan skrin laptop cewah....i feel like i'm Clark Kent for a while haha
dan ini adalah longgokan buku yang hendak di baca semula ( sebab tiada budget hendak beli buku baru huhu), start hari ini.


itu sahajalah nampaknya....selamat mempersiapkan diri untuk bulan puasa nanti. jika kita berubah kepada kebaikan di bulan Ramadhan ini, harapnya kita istiqamah selanjutnya ya.

jangan lupa baca cerita bersiri saya di blog Budak Langit ya, more to come ^^


Rabu, 11 Julai 2012

Once upon a time: royalti

masih teringat lagi duit hasil penulisan yang pertama aku dapat berjumlah RM15 kerana memenangi pertandingan menulis karangan. ianya pada tahun 1994 dahulu dan masih lagi aku ingat tajuk karangannya 'aku sepasang kasut'.

whenever i remember about that memory, i smile widely, ^^

Ahad, 8 Julai 2012

Bookmaking ^^






one of my fav way of wasting time...BOOKMAKING!!!! ( wasting ke?) haha

will make a lot of it and when there will be a hundreds of them, i might just giving them for free ^^

my other blog ^^

salam semua....

cerita bersiri saya sudah masuk bab ke 7, jika sudi jenguk-jenguklah dan berikan komen, seseungguhnya komen anda di perlukan bagi memantapkan lagi cerita ini cewahhhh ^^

klik sahaja link di bawah ini
 


Jumaat, 29 Jun 2012

meyeng my cat

rindu pulak dengan kekucing di rumah Tawau...
meyeng...jaga diri elok-elok tau,
jangan suka gigit kaki orang tau,
sayang meyeng....

Selasa, 26 Jun 2012

Wordless Wednesday



Working

Sabtu, 9 Jun 2012

nasib pejalan kaki di kala hujan

bangun pagi sahaja, sudah melihat bumi di basahi hujan
wah...seronoknya, sangat suka kan hujan. bunyi rintik-rintik hujan itu bagaikan satu irama merdu yang menenangkan jiwa gundah gulana cewahh...
Allah Swt Maha Agung....

jadi, memandangkan hari ini hari ahad, dan sekali sekala hendak bermalas-malasan, 
maka sudah merangcang untuk brunch sahaja (breakfast + lunch). 
pukul 10 pagi, hujan masih renyai-renyai, 
sudah bersiap selepas mandi untuk turun ke kedai membeli bahan untuk lauk-pauk.
dengan payung transparent yang di beli di Daiso (harga RM5 sahaja )
aku pun melangkah tenang di bahu jalan.
persekitaran semuanya nampak basah,
bagus...manalah tahu dapat membasuh segala 'kekotoran' kita semua kan?

selepas membeli barangan untuk brunch, 
aku bercadang hendak balik terus lah, 
namun tidak pula aku menyangka yang aku akan balik dengan basah kuyup walaupun aku sudah menyediakan payung untuk diri ku.

terima kasih kepada pemandu Land Cruiser hitam ( yang tidak sempat aku lihat nombor platenya)
kerana tergamak memandu laju di jalan raya yang sibuk sehingga tayarnya memercikkan air lopak ke arah aku sedangkan beberapa kenderaan lain memandu dengan perlahan di jalan itu.
anda orang kaya, kacak dan anda bergaya dengan kereta anda,
tetapi sayang anda tiada adab. 
 anda patut malu dengan diri anda

aku pulang dengan rasa kesal,
bukan kerana aku sudah basah kuyup,
tetapi aku sudah ada bukti,
ramai manusia sekarang sudah hilang peradabannya