Assalamualaikum dan salam sejahtera....
saya merasakan saya sudah terlalu puas bersuka ria selama ini, selama usia remaja saya. memikirkan masa depan pun cuma sekejap-sekejap sahaja. sedar-sedar hujung tahun hampir tiba. bermakna tahun hadapan saya akan berusia 28 tahun...oh my...
mungkin..bukan mungkin lagi tetapi inilah masanya saya harus lebih serius dalam memikirkan masa depan gitu...thats what im doing right now..i running towards my dream. saya lebih serius untuk menulis novel, dan mula memikirkan untuk terus menulis. erk..rasanya ini sahaja yang saya boleh buat. bekerja di pejabat? mungkin boleh..tetapi saya tidak mahir hehehe, saya bukan orang yang boleh mengikut protokol pejabat dengan baik.
ini draf kasar tentang manuskrip yang sedang di usahakan sekarang. idea untuk manuskrip ini sebenarnya sudah ada di dalam kepala saya sejak dari tahun 2004 lagi. cuma saat itu perasaan malas dan suka bertangguh selalu sahaja menguasai diri. sekarang saya akan berusaha menyiapkannya dan juga satu lagi manuskrip lain . susah memang susah...tapi mestiiiiiiiiiiiii siapkan. hehe
kebiasaan saya juga mula menulis dengan pen dan kertas sebelum menaipnya semula menggunakan komputer. entahlah...saya lebih suka cara ini. mungkin agak lambat, namun saya boleh perbaiki banyak kali sebelum menaipkan nya . jimat tenaga elektrik juga kan? saya sudah berazam untuk menjadi penduduk bumi yang prihatin. jadi inilah cara saya jimatkan elektrik.
memang ketara agak lambat kan proses menulis saya? hehe....
saya mula menyedari ada banyak lagi perkara yang belum saya lakukan termasukalah berbakti pada ibu bapa dari segi kewangan. maka dengan itu saya akan mula bekerja keras. menjadi penulis tersohor bukanlah tujuan utama saya, namun saya mahu rakyat Malaysia merasa dunia imaginasi saya yang kerdil ini hehehe...
saya juga sudah mula merancang untuk mula menulis e-novel untuk produk RURU BOOK HOUSE saya.
insyAllah...saya akan terus berusaha dan melupakan kegagalan lalu.
KEEP MOVING FOWARD !!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan