Ahad, 27 Mei 2012

dream job

Assalamualaikum....

sewaktu kecil dahulu, pasti cikgu-cikgu akan bertanya apa cita-cita kita bila besar nanti kan? dan selalunya aku akan terpinga-pinga, bingung-bingung sebab tidak tahu apa yang aku hendak jadi. sampaikan aku kena marah oleh cikgu kerana dikatakan tidak bercita-cita tinggi. akibat tidak mahu cikgu itu membuang masa dari terus memarahi aku, aku berpura-pura mengatakan aku hendak menjadi polis.

hah! big lie....

bagaimana orang sekeding aku, sekecil aku yang berpenyakit asma ini hendak menjadi polis? sebelum temuduga pun sudah di suruh pulang rumah,

tapi itulah, aku dengan tahap kesabaran mega akan buat muka poyo sahaja bila dikatakan tidak bercita-cita.
kita tidak akan dapat mengawal apa yang orang hendak katakan pada kita, yang boleh kita lakukan ialah mengawal cara kita bereaksi dengan semua kata-kata mereka.

tapi, ada tapi,

sebenarnya ku punya cita-cita. ya benar. namun aku simpan sahaja dalam hati kerana pekerjaan idaman aku ini tidaklah sehebat pekerjaan doktor, peguam, CEO, penyanyi, model, pemain bola sepak profesional.
ianya biasa-biasa sahaja, malah mungkin ada yang tidak akan perasan kan nya pun.

Aku hendak menjadi seorang PERPUSTAKAWATI

aku hendak menjadi seorang superhero yang akan melindungi buku-buku berharga di atas setiap rak buku di perpustakaan, aku suka membaca, aku suka menulis, jadi pekerjaan apa lagi yang sesuai dengan aku selain daripada perpustakawati kan? lagipula aku tidak berapa sukakan perhatian, jadi suasana di perpustakaan sangat-sangat sesuai.


selain daripada kedai buku, aku suka melepak di perpustakaan. its feel like it was my playground hahaha.

still working on it, you'll never be too old to be THE LIBRARIAN ^^

Khamis, 24 Mei 2012

once upon a time...aku berunggun api di dalam bilik tidur

dulu...aku memang nakal, kadang-kadang sampai orang mahu saja cubit aku. teringat satu peristiwa sewaktu aku masih belajar di sekolah rendah. waktu itu aku masih lagi tinggal di sebuah taman perumahan di Lahad Datu. aku berkongsi bilik dengan adik perempuan aku yang pertama. usia kami cuma beza setahun sahaja, jadi segala-galanya waktu itu aku berkongsi dengannya. baju sama, beg sekolah jenis yang sama, malah stail rambut pun di potong sama. Ada juga mulut-mulut kata kami kembar kononnya.

kalau ada sesiapa yang pernah tinggal di Lahad Datu sewaktu zaman 90-an dahulu pasti pernah mengalami gangguan elektrik. selalu sangat ada gangguan elektrik siap edarkan jadual lagi bila akan berlakunya gangguan elektrik. supaya senang beli lilin awal-awal agaknya.

suatu malam, sewaktu bekalan elektrik terputus, bapa aku suruhlah kami tidur awal sebab sudah lewat pun elektrik masih belum hidup. aku seorang ulat buku kan? jadi biarpun gelap-gelap aku tetap juga hendak baca buku. adik yang perempuan itu sudah pun tidur di katilnya. Mak aku letakkan sebatang lilin di atas meja dan letak di antara katil aku dan adik aku itu, mungkin sebab dia lihat aku hendak membaca  agaknya.

seorang budak yang mempunyai imaginasi yang tinggi, yang sentiasa mengimpikan pengembaraan seperti bertarung dengan lanun, memburu makhluk asing, menyelam kedasar lautan, tentu sahaja tidak akan duduk diam. aku selalu terlihat dan terbaca di dalam buku tentang perkhemahan di dalam hutan. ada khemah dan unggun api. melihatkan cahaya lilin yang malap-malap itu membuatkan aku tertanya-tanya bagaimanalah agaknya keadaan sebenar unggun api.

jadi, aku pun mengambil sebuah kotak dan meletakkan beberapa gumpalan kertan di dalam kotak itu, lalu menyalakannya dengan lilin. Api kecil yang mula membakar gumpalan kertas itu sangat cantik, sumpah, sangat cantik. biasalah budak-budak...bila terlalu seronok, aku jadi lupa yang api itu jika besar menjadi lawan. 

akibat memasukkan gumpalan kertas yang banyak ke dalam kotak itu, sang api mula menjadi besar. waktu itu aku tidak panik, cuma terfikir mencari air untuk memadamkan api. jadi aku pun turun ke dapur mengambil segelas air. Segelas air ya...bapa dan mak aku yang duduk berbual di ruang tamu menjadi hairan kenapa aku membawa segelas air ke bilik. mereka mula syak dan menjadi panik bila dengar suara adik aku menangis.

apa yang jadi seterusnya? bersyukur aku kehadrat Ilahi yang rumah aku tidak terbakar malam itu ataupun adik aku tidak terbakar malam itu. mak aku sempat membawa naik sebaldi air dan memadam kotak yang marak dengan api itu. adik aku rasanya macam dah trauma, mungkin sebab itu dia tidak suka berkongsi bilik lagi dengan aku hahaha, kesian dia. kalau aku ingatkan riak mukanya waktu itu rasa bersalah pula.

dan aku? aku dapat habuan dari bapa aku, kira okay lah itu daripada dia merotan aku dengan sepenuh hati kan? dan aku pun jadi budak baik, untuk seketika sahaja. 

pengajarannya di sini, memang betul api bila kecil menjadi kawan, sudah besar menjadi lawan

dan berikan perhatian pada anak-anak yang membesar, lebih-lebih yang suka berimaginasi macam aku

Jumaat, 18 Mei 2012

buzz...

Assalamualaikum...

been spending time reading the old book lately...same old book...sebab belum beli buku baru pun...so..that why i activated the silent mode. well, rasanya silent mode pun ada kebaikan juga, sekurang-kurangnya dapat menghindar dari dosa-dosa mengumpat, menfitnah, cakap bohong, riak, takbur....kan?

cuaca semakin panas kan? perasan tak? aiyoo...bibir sentiasa kering dan tekak pun macam itu juga. tidak mahu komen kenapa cuaca panas sekarang, rasanya masing-masing pun tahu kenapa. walaubagaimana pun jangan lupa minum 3 liter air setiap hari, air masak ya, bukan air dalam tin itu.

here's a secret. i once a addicted coke drinker since i'm a kid. and now guess what, i totally regret it. TOTALLY. macam-macam penyakit yang singgah pada badan. jadi saya nasihatkan, keep out coke!

lately, i been trying to make myself a chef hahaha. ya ya ya...perempuan memang , patut, wajib, mesti belajar memasak ya. lebih-lebih lagi bila ada keraguan tentang makanan yang di beli di luar. sudah jadi rajin membelek buku-buku masakan, tengok-tengok blog masakan tapi masaknya belum. alasan popular saya ialah dapur saya kecik, peti sejuk belum beli lagi ye...banyaklah alasan ya...

selain daripada itu, sudah masuk ceramah memandu KPP tahu. bukan main naik kematu punggung duduk selama lima, i repeat LIMA jam ya di dalam bilik berhawa dingin. mujur penceramahnya bukanlah dai jenis punya nada bercakap yang mendatar...mendatar...mendatar... seronok juga ya, rupanya menjadi pemandu berhemah ini sangat penting ketika di jalan raya ( terima kasih juga buat ayahanda yang menaja semua ini hehe) sebenar dari lubuk hati yang paling dalam ( amboi...) saya lebih suka kenderaan awam...pelikkan diri ku ini?

perkembangan manuskrip juga berjalan dengan...agak slow, mungkin di sebabkan masalah kesihatan, dan juga masalah assignment (orang lain punya). mungkin juga sebab ada ribuan idea berbondong-bondong masuk untuk satu projek kecil ini sehinggakan sedikit terabai projek besar. sungguh tidak berdisiplin diri saya kan, mesti merubah sikap ini juga nanti. well, i been a buzy buzz like a bee even people saw me and told me how a laid-back person i am. haha believe me, walau sesibuk pun, muka mesti cool

banyak sudah saya merepak ya. ampunkan saya mencuri masa anda,
saya doaka yang baik-baik untuk kita umat Islam seluruh dunia,

semoga kita di rahmati Allah SWT ^^

salammmmmm.