sewaktu kecil dahulu, pasti cikgu-cikgu akan bertanya apa cita-cita kita bila besar nanti kan? dan selalunya aku akan terpinga-pinga, bingung-bingung sebab tidak tahu apa yang aku hendak jadi. sampaikan aku kena marah oleh cikgu kerana dikatakan tidak bercita-cita tinggi. akibat tidak mahu cikgu itu membuang masa dari terus memarahi aku, aku berpura-pura mengatakan aku hendak menjadi polis.
hah! big lie....
bagaimana orang sekeding aku, sekecil aku yang berpenyakit asma ini hendak menjadi polis? sebelum temuduga pun sudah di suruh pulang rumah,
tapi itulah, aku dengan tahap kesabaran mega akan buat muka poyo sahaja bila dikatakan tidak bercita-cita.
kita tidak akan dapat mengawal apa yang orang hendak katakan pada kita, yang boleh kita lakukan ialah mengawal cara kita bereaksi dengan semua kata-kata mereka.
tapi, ada tapi,
sebenarnya ku punya cita-cita. ya benar. namun aku simpan sahaja dalam hati kerana pekerjaan idaman aku ini tidaklah sehebat pekerjaan doktor, peguam, CEO, penyanyi, model, pemain bola sepak profesional.
ianya biasa-biasa sahaja, malah mungkin ada yang tidak akan perasan kan nya pun.
Aku hendak menjadi seorang PERPUSTAKAWATI
aku hendak menjadi seorang superhero yang akan melindungi buku-buku berharga di atas setiap rak buku di perpustakaan, aku suka membaca, aku suka menulis, jadi pekerjaan apa lagi yang sesuai dengan aku selain daripada perpustakawati kan? lagipula aku tidak berapa sukakan perhatian, jadi suasana di perpustakaan sangat-sangat sesuai.
selain daripada kedai buku, aku suka melepak di perpustakaan. its feel like it was my playground hahaha.
still working on it, you'll never be too old to be THE LIBRARIAN ^^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan