Ahad, 7 Julai 2013

Keindahan Ramadhan


"Asal bulan puasa sahaja masjid penuh, orang sana sini pasang mp3 orang mengaji, baru mahu pakai tudung, tutup aurat, jaga tingkah laku,"

"Habis tu? Takkan lah kau tidak puas hati pula dengan situasi begitu?"

"Bukan...maksud aku, mengapa dalam bulan Ramadhan sahaja baru kulihat ramai yang begitu..."

Senyum.

"Siapa dirantai pada bulan Ramadhan?"

"Syaitan,"

"Apa sumpah Syaitan ketika Allah SWT menghalaunya dari Syurga setelah ingkar sujud pada Nabi Adam A.s?"

"Erm...ia akan berusaha untuk mempengaruhi seberapa banyak anak cucu Adam menemaninya di Neraka nanti,"

"Jadi?"

"Err...jadi...jadi..."

"Jadi apabila Syaitan dirantai, ia tidak akan dapat mengkaburkan pandangan kita pada perkara-perkara yang suci. Kerana itu ramai yang tersentuh mendengar lantunan ayat-ayat suci Al-Quran, bergetar jiwanya mendengar siksaan neraka pada mereka yang melakukan perkara mungkar, terpana melihat keindahan masjid yang merupakan tempat kita menyembah ALLAH SWT. Ketika inilah kita benar-benar boleh shopping pahala kerana pintu Syurga di buka seluas-luasnya. Jadi, berdoa lah kita untuk istiqamah apabila menjadi mukmin yang baik walaupun selepas bulan Ramadhan yang mulia,"


Selamat berpuasa saudara-saudari, ^^

p/s: gambar di atas sebenarnya gambar eclipse je hehe
 

Khamis, 4 Julai 2013

Pilihan

Jika kaki anda bersaiz 8, adakah anda mahu memakai kasut bersaiz 6?
Tidak mahu bukan? Sebab? Sudah tentu kerana sempit dan kita yang kesakitan akhirnya, langkah pun jadi tidak sempurna.

Jadi...
Jika anda sudah tahu yang sebuah stesen Tv ini hanya menyiarkan berita yang berat sebelah, tidak telus dan penuh propa...mengapa anda masih mahu menontonya? dan kemudian marah-marah, sakit hati, bengang-bengang sendiri kemudian post status kutuk-kutuk di FB?

Jadi...
Jangan sampai diri kita yang menzalimi diri kita sendiri


Ahad, 9 Jun 2013

Hati suci

Assalamualaikum...

saya singgah hendak bersihkan habuk dan sawang di blog ini hihi

Ada sedikit perkongsian  yang saya perolehi semasa menonton satu rancangan ilmu di saluran TV Al Hijrah petang tadi.

Seorang penonton bertanya kepada ustaz tentang bagaimana hendak menyucikan hati yang telah kotor.

Menurut Ustaz itu, untuk mensucikan hati dan memasukkan sifat mahmudah, haruslah terlebih dahulu kita membuang sifat-sifat mazmumah yang terdapat dalam diri kita. Beliau beri perumpamaan yang senang sahaja. Jika kita sudah minum kopi sehingga tinggal sedikit dan kita rasa pahit bukan? Lalu kita hendak minum air jus pula. Perkara yang harus kita buat terlebih dahulu ialah mencuci gelas yang berisi sisa kopi itu bukan? Bilas sebersih-bersih nya agar air jus yang kita hendak tuangkan ke dalam gelas itu tidak dicemari dengan rasa kopi.

Nah...samalah juga dengan hati kita wahai saudara... Kita mahu jadi orang yang baik kononya, tetapi di hati kita masih terselit tamak, hasad dengki, cintakan kemegahan dan juga sifat-sifat mazmumah yang lain. Maka haruslah kita banyakkan bertaubat. Berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah SWT, didik lah hati kita untuk melawan nafsu kerana melawan dan menawan nafsu juga termasuk ke dalam jalan jihad di jalan Allah SWT.

Berubah menjadi orang yang lebih baik memang sangat sukar, tetapi sangat manis harganya. Maka berusahalah kita menyucikan hati kita, InsyAllah...jika kita bersungguh pasti Allah permudahkan jalan hambaNya yang ingin menjadi muslim yang baik.

InsyAllah saudara-saudara, semoga kita semua dirahmati Allah SWT...






Rabu, 29 Mei 2013

Loud

Sesetengah orang menyangka dia adalah benar kerana dia lantang dalam menyuarakan sesuatu
Namun pada pandangan orang lain dia hanyalah kurang sopan dan tidak beradab.

Khamis, 16 Mei 2013

New addiction...



Jumaat, 10 Mei 2013

Bertenang sedikit selepas kesibukan

Assalamulaikum....

Aii....sibuk nya beberapa minggu lalu...

mana orang di tanah semenanjung hendak membuat persiapan pesta buku antarabangsa, kemudian kehangatan menghadapi PRU13 lagi...kemudian saya pula balik kampung sekejap,

dalam sibuk-sibuk itu saya berjaya menyiapkan 290++ manuskrip penuh saya yang pertama....

Alhamdulillah....sekarang berada dalam proses editing...semoga segala urusannya dipermudahkan....

dahulu hampir berputus asa sebenarnya hendak menghantar apa-apa proposal penulisan.
iyalah...rasa seperti merajuk sedikit, sudah hantar banyak kali, tetapi tidak pernah diterima. jadi...dengan penuh nekad pada hari itu saya berusaha menyiapkan sebuah proposal dan mengemailkannya kepada seorang editor tepat pukul 3 pagi dengan kata-kata 'jika tidak diterima juga, mungkin aku sudah ditakdirkan jadi penulis yang menulis untuk diri sendiri, pasrah'

Tup-tup keesokan paginya serasa saya tidak percaya menerima email yang diterima, bahawa editor mahu berbincang lanjut dengan saya mengenai manuskrip itu!!!!!!!

Ya Allah....ya Allah... Ya Allah...yakin lah aku rezeki Allah itu misteri....rasa tidak percaya namun ianya benar-benar terjadi....

dan...selama tujuh minggu saya berhempas pulas menulis, dengan semangat yang berkobar-kobar, akhirnya sudah siap....


cerita selepas itu? nantikan....
terima kasih kerana sudi membaca blog ini (^^,)




Sabtu, 4 Mei 2013

Aku dan pen

Aku tidak tahu mengapa diri ku melihat barisan pen lebih menggoda daripada barisan gincu...

dengannya aku boleh menulis sesuatu yang baik...

kerana itu risau masuk ke kedai buku  setiap kali dompet kosong, meronta-ronta mahu membeli berpuluh batang pen...untuk menulis

Pen Fanatik...(^^,)