Saja hendak cerita-cerita ni kan, walaupun ramai yang cakap kalau hari rabu mesti buat entry 'wordless wednesday' konon-kononnya. tak mahu, nak cakap-cakap juga....hihi
tengah tengok-tengok youtube sebentar tadi, dan terjumpa satu animasi masa saya masih sekolah menengah lagi. Animasi yang bertajuk Daddy Long Legs. haa....memang teruja habis lah bila ber'jejak kasih' semula dengan animasi kesukaan ini.
iyalah, dulu setiap hari selasa ataupun rabu ( kalau tidak silaplah) mesti tidak sabar-sabar balik sekolah, sebab animasi ni di siarkan di TV2 pada waktu petang. suka sangat tengok watak utama nya yang bercita-cita menjadi seorang penulis.
selain daripada itu diperlihatkan juga kisah seharian Judy di asrama perempuan yang...kan bagus kalau semua asrama di Malaysia ini macam itu, barulah tidak terasa homesick selalu. seronok tengok gelagat Judy dengan kawan-kawan dia iaitu Sally dan Julia.
Ini video yang saya jumpa di Youtube. Tajuknya Papa Gambalunga dan dubbingnya dalam bahasa Itali. walaupun langsung tak faham satu apa pun yang animasi ni cakap ( dulu animasi ini dari Jepun dengan alihbahasa ke Bahasa Melayu) tetapi i'm so happy coz it's bring back memory when i was sooo young and full of dream. Judy never give up on her dream, and so must I. hehe
Bila dah tiba zaman internet ini senang hendak cari maklumat kan, ini barulah tahu rupanya animasi ini diadaptasi daripada novel hasil tulisan Jean Webster dengan tajuk yang sama. saya cuba cari buku ini di bookstore, tetapi macam tidak ada sudah...huhu, tidak mengapa, jika Allah sudah jodohkan saya dengan buku itu, pasti ketemu juga, samada lambat atau cepat, kan? ^^
Sangat terinspirasi....saya tidak akan berhenti menulis , menulis kisah-kisah yang baik-baik untuk tatapan anda !!
Terima kasih kerana membaca! ^^
Dah jumpa ke x buku tu?seronokkan..sy dah umur 36 tahun ni pun mmg teringat2 ajer citer ni masa tgk tu kt sek men jgk la...hihihi..
BalasPadamiya samalah kita, ingat dahulu laju je hendak pulang sekolah semata-mata hendak tengok animasi ni (^^)
Padam