Jumaat, 27 Julai 2012

Jangan sampai kerugian...

"Min, semalam kan aku nak ke tandas, aku lalu bilik kau. Dengar macam bunyi orang menangis teresak-esak. Bukan semalam saja, dua tiga malam lepas pun aku terdengar macam tu. Aku rasa bilik kau ada hantu lah Min..."

"Ish, jangan cakap bukan-bukanlah... itu suara aku lah tu..."

"Kau nangis Min? Kau sakit kah? Atau kau ada masalah? Biasanya kau nampak cool saja... Kenapa tidak beritahu aku?"

"Mana ada manusia yang tidak mempunyai masalah Kin. Jangan risaulah, aku bukannya sakit, aku cuma membaca sahaja..."

"Membaca sampai menangis tersesak-esak?!"

"Aku susah hati sedikit, jadi aku membaca. Dalam masa yang sama hati aku tersentuh, aku tidak dapat tahan sebak, jadi aku nangis lah..."

"Kau baca novel apa sampai sedih sangat itu? kau sembunyi baca novel best tidak beritahu aku ya? Sampai hati kau tidak pinjamkan aku novel best ya... Novel apa Min? Novel yang orang lain dok heboh kat fesbuk tu kah?"

Senyum. "Bukan...ianya lebih baik daripada itu..."

"Kongsilah Min...kau tahu kan aku ni suka baca novel percintaan yang sedih ni, mestilah aku nak tahu novel apa yang kau baca semalam. Kau tengoklah bilik aku tu, penuh dengan novel! Aku kalau boleh nak khatamkan semua novel-novel keluaran terbaru tu. Dalam beg aku tu sekurang-kurangnya mesti ada dua tiga novel untuk jadi peneman aku tau. Kadang-kadang tu kan, kalau aku ada masalah kan, aku rujuk je kat dalam novel tu, tiru cara watak utamanya menyelesaikan masalah. Buku apa Min? Bagitahu lah Min..."

Senyum lagi. "Betul kau nak tahu? Aku tidak mahu kau tuduh aku berlagak pula..."

"Iya, sumpah! Aku tak kata kau berlagak! Bagitahu ya Min yang baik hati..."

Senyum dan angguk. "Baiklah, kalau kau hendak tahu, pergilah aku tengok dalam bilik aku. ada aku letak atas meja je. Aku hendak masak untuk juadah berbuka nanti"

"Yeye! Min baik! Terima kasih Min!" lalu berlari riang ke dalam bilik Min.

"Apa punya skema bilik Min ni, tak ada hiasan langsung! Memang membosankanlah si Min ni.....mana buku yang dia cakap itu? Satu biji novel pun aku tidak nampak ni..."

Bercekak pinggang sambil memandang sekeliling. Terpandang meja belajar Min, melangkah ke situ. Cuma ada satu buku terletak kemas di tengah meja. Berkerut kening Kin memandangnya.

"Ini? Kalau ini aku pun ada...apalah Min ini...Dia bergurau ke apa? Berlagak baik lah konon tu... memang selama ini dia tunuk-tunjuk alim kat aku kan? sampai hati dia tipu aku...Dia saja nak kenakan aku agaknya... buang masa aku saja masuk bilik dia yang tak comel ni...huh!" mencebik.

Lalu tangan Kin perlahan mencapai buku itu, menyelak pada halaman yang di tandakan Min dengan sehelai riben, dan Kin mula membaca ayat pertama dilihatnya.

"Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh, bahawa bagi mereka adalah pahala yang besar." Ayat 9 Surah Al-'Isra

Senyap....Kin mengetap bibir yang bergetaran. mata dipejam rapat-rapat.

"Ya Allah...betapa aku lalai ya Allah...betapa selama ini aku membuang masa padahal sepatutnya kitab inilah yang menjadi teman baik ku...kitab inilah yang harus ku baca berkali-kali...kitab inilah yang patut aku jadikan rujukan...ampun kan aku ya Allah..."

Tafsir Al-Quran itu di tutup perlahan sebelum dikucup perlahan. Dia memahami kini.

Di dapur. Min sedang menyiang ikan apabila perlahan-lahan Kin datang di sebelah membantu mengupaskan bawang. Min melihat mata dan hidung Kin yang merah.

"Min.."

"Ya?"

"Kelas usrah kau itu...mesti ramai orang kan? Kena daftar ke?"

"Tak juga, kalau ada kawan-kawan nak ikut, datang sahaja terus kira daftar lah tu..."

"Oh..."

Senyap. Tangan sibuk berkerja.

"Min..."

"Iya?"

"Terima kasih...."

Senyum. "Sama-sama..."

Saudara ku, aku tidak mahu kau kerugian....



"Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarnya,"
Hadis Riwayat Bukhari.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan