tahu tak 17hb ini pasukan QPR kan menentang Team Sabah di Stadium Likas?
wah wah, walaupun saya tidak lah minat sangat dengan team QPR ini ( faham-faham sahajalah hati ini masih lagi menjadi peminat setia The Reds, walaupun team saya asyik kena kutuk tak hebat je kan? tapi nak juga setia hohoi), tetapi terasa jugaklah teruja-teruja tu konon-kononnya. hihi.
jadi, semua nya tertunggu-tunggu jugalah hendak ke stadium malam esok kan, semua dah heboh maisng-masing dah beli tiket, dan saya memilih untuk tidak pergi menonton walau sebenarnya diri ini sangat meronta-ronta hendak tengok, nak pergi...nak pergi...namun otak harus memikir dengan rasional nya, biarpun si kaki tonton bola hendak sangat tengok game bola, namun kesihatan mesti di utamakan ya kawan-kawan.
lalu saya pun merajuk sendiri-sendiri huhu,
walauapaun, saya menjangkakan tentangan hebat dari semua pemain Sabah tanah air ku, khabarnya pemain yang turun nanti adalah selection team, katanya lagi Matlan Marjan akan turun bermain, wah wah...otai Sabah tu ya,
anyway, tarikan utama QPR nanti rasanya Park Ji Sung je kot? pandangan peribadisaya tentang perpindahan Park Ji Sung dari MU ke QPR rasanya macam sayang kan? Park Ji Sung hebat apa main kat Old Trafford. MU tidak rasa rugi kah? tetapi mungkin boleh jadi aset team QPR pula, selamat maju jaya juga buat Park Ji Sung ( aku saja je jalan-jalan kat bandar KK, manalah tahu terserempak dengan Park Ji Sung kan? kan? kan?)
walaupun tidak lah dapat berjumpa pemain QPR face-to-face kan, dapat merchandise nya pun kira ok lah (original from UK tau) hehe |
Rozaimi, si striker hebat Sabah itu mungkin turun bermain kah agaknya? wah, main baik-baik tau dik, manalah tahu rezeki awak dapat offer bermain di EPL pula nanti, InsyAllah kan rezeki Allah itu sangat misteri, ^^
jadi, pada malam esok, ketika orang semua bersorak di Stadium Likas, aku bercadang hendak duduk di rumah sahaja, mempersiapkan diri buat Ramadhan yang bakal menjelang....
pada yang turun pergi stadium nanti jangan gaduh-gaduh okay? jangan taksub dan jangan fanatik, kita mesti menjadi peminat bola yang berakhlak orait?
We're Sabahan proud of you Mr.Rozaimi. keep up the good work ^^ |
terima kasih kerana membaca ^^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan