Salam people....
semalam sempat buka facebook sekejap, ada satu isu ni yang.....buat saya sentap sedikit.
sentap apabila ada admin satu fanpage bola yang menghina pasukan bolasepak Sabah...admin itu dari tanah semenanjung dan ayat yang dia post dalam fanpage itu memang racist dan agak menguris hati kecil ku yang Sabahan ini cewah...
isu itu sudah settle juga bila admin itu minta maaf, kita maaf kan saja dia yek?
tetapi kenapa ya? kenapa masih ada yang begitu? bukan satu dua kali, tetapi Sabahan dan mungkin Sarawakian selalu sahaja kena kutuk-kutuk oleh saudara dari sana? bukan setakat dalam bola sepak sahaja, tapi dalam isu lain juga. kenapa? bukan kita satu Malaysia kah? bukan kah di sisi Allah Swt, tiada beza pun kita walau dari negeri mana kita. yang membezakan kita ialah iman dan takwa....
janganlah buat macam itu, tak baiklah....buat satu orang sakit hati pun dah dosa, bayangkan jika menyakitkan hati berjuta warga sabah macam saya......sedih tahu...
kita jagalah adab pertuturan kita, okie dokie?
Harap kita bersatu dalam erti kata bersatu yang sebenarnya... saya sayang rakan-rakan semenanjung semua (^^, )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan