Isnin, 16 Julai 2012

Khas untuk wanita ketika bendera merah

"Bencilah kalau masa period..."
"Huh? kenapa pula? Allah sudah bagi cuti tu, takkan lah merungut pula?"
"Bukan...maksud aku...kalau time period kan, aku rasa macam sentiasa nak marah tau, senang sangat aku     marah orang lah, maki orang lah, kadang-kadang tu 24 jam aku rasa tidak tenang, hati macam gelisah semacam je..."
"So?"
"Iyalah...aku ingat cakap ustaz kita di sekolah dulu kan, katanya solat mengelakkan kita dari melakukan kejahatan. aku, bila sudah terasa-rasa macam hendak bertukar menjadi raksasa, aku solat. Setakat ini, aku berusaha untuk tidak tinggal solat dan Alhamdulillah, aku rasa tenang semacam. Tapi bila period, mana boleh buat semua itu, kan? aku rasa macam jauh sangat dari Allah...aku tak suka kalau rasa macam itu..aku rasa rugi...."

senyum mendengar mulut itu meluahkan rasanya. sebenarnya aku dan dia sama sahaja.balik rumah, demi rasa ingin tahu sekaligus menjawab kerunsingannya, aku terus men'godek-godek' internet mencari maklumat sahih tentang apa yang kaum perempuan boleh lakukan ketika dikunjungi 'Bendera Merah'. dan aku terjumpa gambar ini.

Semoga bermanfaat buat kita...



ku tunjukkan padanya, dia tersenyum dan melafaz Alhamdulillah, mungkin lega bila mengetahui dirinya tidak jauh pun dari Allah SWT, biarpun ketika keuzuran.


bukankah Allah itu Maha Adil, Maha Pengasih, dan Maha Agung?

Terima kasih Allah....^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan