Jumaat, 27 Januari 2012

Hujan & Pelangi ^^

Salam semuaaaaaa....

sejak beberapa hari ini, entah kenapa saya bagaikan obses dengan pelangi. memang lah sebelum ini saya sangat gilakan langit biru yang luasa dan cantik...Subhanallah... namun memandangkan musim hujan sejak akhir-akhir ini, matahari pun kadang-kadang bahangnya hanya dapat dirasa dalam beberapa jam sahaja sebelumlangit mendung semula...

ramai yang kata hujan tu leceh..tcct..tctt..tctt...apahal sampai boleh kata macam itu....cuba dengar bunyi hujan, fikirkan kebesaran-Nya...bersyukurlah kita....

sebenarnya beberapa hari ini hati saya agak sempit, masalah bertubi-tubi sehingga saya merasakan saya akan lemas, saya rimas, saya resah, saya sedih..masalah apa itu biarlah rahsia hehe namun masalah yang melanda rasanya bagaikan hujan lebat 48 jam tanpa henti, ribut petir, angit bertiup kencang...dramatik pula kan?

tetapi terfikir juga, hati dah sesak, otak dah semak bukan bermakna kita harus membiarkan diri kita terus berada dalam keadaan itu. Allah SWT tidak akan sia-sia menurunkan ujian buat kita, ada hikmah di sebalik itu, jika menghadapinya dengan sabar, ganjaranya InsyAllah akan manis...

sama juga seperti hujan. bila hujan kita asyik merungut sebab tidak dapat lakukan aktiviti luar, langit gelap lah, basah setiap masa lah, sejuklah....merungut saja....namun kekuasaan Allah SWT menjadikan pelangi yang sangat indah selepas hujan itu bukankah sesuatu yang menakjubkan?

jadi...bersabarlah, bertabahlah, pelangi itu sangat indah dan Allah SWT yang menciptakannya ^^ *wink,wink



Indahkan? ingatlah, selepas hujan ada pelangi hehe

Selasa, 17 Januari 2012

pipi saya ada lemak...yeayyy!!!!

Salam semua....

saya ada berita ni...mungkin memang lah tidak penting sangat tapi...kira penting jugalah...buat diri ku ini...ewah...

jeng jeng jeng...

BERAT BADAN KU SUDAH BERTAMBAH...OYEAH....

Alhamdulillah....


hehehe cuba tengok...ada perubahan kan ? pipi ku yang cengkung itu sudah berisi..lalala...apa petua nya? lost of track...sebab sewaktu menghadapi krisis penurunan badan mendadak dahulu, saya main bedal sahaja semua yang ada ( nasib baik aku tidak buat keputusan makan gajah haha) sehinggakan tidak tahu petua mana yang berkesan.

tapi satu sahaja yang saya pasti, jika tanpa keizinan Allah SWT, makanlah nasi lapan periuk pun tidak akan gemuk...jadi berusaha, berdoa, dan bertawakal. Amin...

 saya amat menyukai lemak yang kini menetap di pipi ini...toing..toing hehe





Azam dan Wishlist 2012

rajinlah berusaha wahai fizannnnnnnnnn

Menghantar sekurang-kurangnya tiga manuskrip untuk tahun ini. Syarikat penerbitan mana? Belum pasti.

I-Phone 4S….inilah kali pertama aku teringin betul hendak memiliki sebuah telefon yang canggih…InsyAllah.

Membuat handmade notebook sebanyak 200 untuk tahun ini. My passion…

Korea, Dubai, Sydney, Jeddah, Madinah, Bali, London, Florida…ingat semua tempat-tempat ini…kerana di sinilah tempat impian saya untuk di jelajah, wuhuuuu…macam orang banyak duit je kan…insyAllah….

Melanjutkan pelajaran. Bosan dengar orang mengkritik yang saya ini kurang pandai hanya kerana selajar setakat tingkatan enam.

Mempunyai label sendiri. Saya memang ada perancangan untuk menubuhkan sebuah syarikat handmade journal dan indie novel. InsyAllah…

Berbakti kepada dua orang yang sangat penting dalam hidup saya selagi saya ada masa, InsyAllah..

Berkahwin, kalau sudah ada jodoh hehe

Memiliki RM20,000 dalam akaun simpanan ( ini payah juga)

      Menjadi seorang manusia yang memiliki kesihatan yang baik, akhlak yang baik,

Ahad, 15 Januari 2012

its been a while...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...( macam ayat cikgu pula...)

ya..its been a while...sudah masuk tahun 2012 sudah kan....

untuk bulan januari ini rasanya tidak banyak yang di lakukan, paling tidak pun saya telah menyiapkan beberapa handmade journal...
















hahaha...crazy kan? but i'm happy  in making all those handmade journal, cuma RM5 untuk sebuah. if interested, just email me at eurizan_potter@yahoo.com.


i'm thingking about making a lot more and sale it.

Isnin, 19 Disember 2011

currently buzy (==,) but im happy

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

saya merasakan saya sudah terlalu puas bersuka ria selama ini, selama usia remaja saya. memikirkan masa depan pun cuma sekejap-sekejap sahaja. sedar-sedar hujung tahun hampir tiba. bermakna tahun hadapan saya akan berusia 28 tahun...oh my...

mungkin..bukan mungkin lagi tetapi inilah masanya saya harus lebih serius dalam memikirkan masa depan gitu...thats what im doing right now..i running towards my dream. saya lebih serius untuk menulis novel, dan mula memikirkan untuk terus menulis. erk..rasanya ini sahaja yang saya boleh buat. bekerja di  pejabat? mungkin boleh..tetapi saya tidak mahir hehehe, saya bukan orang yang boleh mengikut protokol pejabat dengan baik.

 ini draf kasar tentang manuskrip yang sedang di usahakan sekarang. idea untuk manuskrip ini sebenarnya sudah ada di dalam kepala saya sejak dari tahun 2004 lagi. cuma saat itu perasaan malas dan suka bertangguh selalu sahaja menguasai diri. sekarang saya akan berusaha menyiapkannya dan juga satu lagi manuskrip lain . susah memang susah...tapi mestiiiiiiiiiiiii siapkan. hehe

kebiasaan saya juga mula menulis dengan pen dan kertas sebelum menaipnya semula menggunakan komputer. entahlah...saya lebih suka cara ini. mungkin agak lambat, namun saya boleh perbaiki banyak kali sebelum menaipkan nya . jimat tenaga elektrik juga kan? saya sudah berazam untuk menjadi penduduk bumi yang prihatin. jadi inilah cara saya jimatkan elektrik.


memang ketara agak lambat kan proses menulis saya? hehe....

saya mula menyedari ada banyak lagi perkara yang belum saya lakukan termasukalah berbakti pada ibu bapa dari segi kewangan. maka dengan itu saya akan mula bekerja keras. menjadi penulis tersohor bukanlah tujuan utama saya, namun saya mahu rakyat Malaysia merasa dunia imaginasi saya yang kerdil ini hehehe...

saya juga sudah mula merancang untuk mula menulis e-novel untuk produk RURU BOOK HOUSE saya.

insyAllah...saya akan terus berusaha dan melupakan kegagalan lalu.

KEEP MOVING FOWARD !!!!!!

Ahad, 11 Disember 2011

antara inspirasi menulis

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Musim hujan kan sekarang ini? ya...tapi saya suka kannya, mendengar bunyi hujan sahaja sudah terasa kebesaran Ilahi..

untuk entri kali ini, saya cuma ingin utarakan inspirasi para penulis semasa menyiap kan manuskrip. lain penulis, lain lah caranya. jika penulis lain mungkin saya kurang pasti, namun jika bagi pihak saya( ya...saya penulis amatur sahaja..huhu ) saya akan mendengar muzik.

namun bukan sebarang muzik, saya akan mendengar OST ataupun runut bunyi filem-filem yang saya gemari.

OST dari filem Disney's Mulan.

OST dari filem Mulan ini secara automatiknya membuatkan saya membayangkan situasi seseorang yang sanggup berkorban untuk kesenangan orang lain, kan? what say you? anda semua sudah menontonnya ke? hehehe saya siap download dari youtube gitu...

He's a Pirate dari POTC Jack Sparrow

who doesnt like Captain Jack Sparrow? OST ini memberi satu inspirasi jika penulis ingin menulis kisah aksi ataupun pengembaraan. kenapa? it's give you an EPIC feeling.

You're Cute from Pasta OST

haa...kalau yang ini jika saya ingin menulis tentang hati dan perasaan gitu hik hik hik...cinta itu subjektif, sama juga seperti cantik. pandangan saya tentang cinta ialah ianya tidak perlu di hebah-hebahkan. kerana itu saya menyukai OST ini yang bagi saya ianya mengambar cinta sebagai cinta. Know what i mean? if not, then i will remain mysterious hehehe, and lastly

Harry Potter OST!!!!!!!

ini ...well...ini...As i'm considering myself is one of the pottermania...this OST encourage me to keep jolt down all my stories, even if not for the readers, i'll be delightfull to keep it on my shelves. hehehe

POTTERMANIA!!!!!!!!! thats me!

Sabtu, 10 Disember 2011

antara salah satu iktihar hidup

Asaalamualaikum dan Salam Sejahtera.

kebiasaannya kita kita akan manitik beratkan pendidikan di sekolah, tidak di nafikan pendidikan penting utuk masa depan yang lebih terjamin.

namun pada pendapat saya kita sebagai manusia, lebih-lebih lagi wanita, harus belajar satu lagi ilmu selain ilmu memepertahankan diri, iaitu..jeng jeng jeng....tadaaaaaa.
         
        IKTIHAR HIDUP

saya melihat di kalangan kita hari ini ada yang terlebih manja dalam kehidupan. mungkin juga keran teknologi semakin maju dan kemudahan dalam hidup semakin bertambah. namun, tidak salah juga jika perlu langkah berjaga-jaga, manalah tahu kalau-kalau darurat kan?

ketika membaca sebuah novel dari penulis Maskiah Masrom yang berjudul Nyanyi Sunyi, saya terperasan terdapat beberapa petua untuk iktihar hidup. antaranya

1- jika ingin menyalakan unggun api di hutan, dan kebetulan pula hujan, tentu kayu akan basah kan? petuanya ialah, ambil batang kayu yang lebih besar sedikit dan di belah dua, bahagian dalam kayu itu kering , racik-racikkan dan gunakan rabuk kayu untuk menyalakan api. sebagai persedian, jika api sudah menyala, diangkan beberapa kayu yang basah untuk di keringkan.
2- jika ingin mencari air di dalam hutan, cuba cari di celah-celah batu. ianya selamat kerana sudah di tapi secara semulajadi melalui batu dan pasir

itu adalah antara beberapa ilmu yang saya dapat baca di dalam buku itu. kadang-kadang ketika kita merasa kesenanganlah kita harus bersedia untuk kesusahan.