Jumaat, 31 Ogos 2012

Hidayah

Setahun sebelum...

Joyah : Peah...

Peah  : iya....

Joyah :Malik bagitahu aku kan, semalam dia nampak Ila pergi clubbing lagi. minum-minum...

Peah  : Iya? Astagfirullah...apa nak jadi dengan kawan kita tu..

Joyah : kan? Malik cakap dia seksi betul ooo semalam, pakai mini skirt. make-up macam artis Hollywood .

Peah  : nanti kita nasihatkan lah Ila tu, semoga hatinya terbuka untuk berubah menjadi muslimah sejati ya

Joyah :Iya, itulah. sepatutnya dia sebagai seorang perempuan ada rasa malu lah kan tidak perlu lah kan masuk dalam tempat-tempat macam itu. menutup aurat itu kan satu kewajipan, berdosa tau.lagi satu, dia tu memalukan mak bapa dia sahaja, dan kita ni yang bergelar kawan-kawan dia. kalau orang lain tanya kenapa Ila tu berperangai begitu, malu aku tau Peah... nanti kita pergi jumpa dia ya...

Peah  :baik...jadi Malik tu pun masuk tempat macam tu jugalah kan? sebab tu lah dia boleh nampak Ila kan?

Joyah : Errr....

Setahun kemudian...

Joyah : Peah! Peah!

Peah  : Iya...apa dia?

Joyah : Tadi, tadi aku pergi shopping barang dapur, cuba teka aku terserempak dengan siapa?

Peah  : Siapa?

Joyah : Ila!

Peah  :Iya? okay lah tu, dah lama kita tidak jumpa dia kan? apa khabarnya dia? sihat?

Joyah : dia pelik ooo tadi Peah. siap bertudung labuh lagi tu! katanya baru balik dari usrah. pelik ooo, pelik..

Peah  : kenapa pula kau cakap macam itu?

Joyah : kau tidak rasa pelikkah, kawan kita yang suka clubbing dan minum arak serta berpakaian seksi itu, tiba-tiba ubah penampilan? aku rasa ada something wrong lah dengan dia ni....entah-entah dia dah nak kahwin tak? tu lah tiba-tiba pakai tudung, manalah tahu dapat bakal suami macam ustaz kan? ataupun dia pakai sebab hari tu kan bulan Ramadhan? orang yang suka buat dosa macam dia tu, manalah tahu erti insaf ke, taubat ke kan? huh, mesti dia pakai sekejap-sekejap je tu, esok lusa terbang dah tudung dia. huh,apa jenis kawan lah ila tu....buat malu aku je...eh, eh, Peah, kau nak pergi mana tu? aku belum habis cerita lagi...

Peah  : Hidayah itu kan milik Allah? dan aku rasa kau ni yang ada something wrong...Salam Alaik...

Joyah : Err..peah....


P/s: jadilah manusia yang baik-baik, kalupun tidak dapat menjadi manusia terbaik ^^

Khamis, 9 Ogos 2012

antara cara untuk hidup bahagia

Assalamualaikum semua....

nak kongsi satu cerita ni,

teringat sewaktu zaman sekolah dulu, tapi lupa tahun bila,
ada seorang cikgu ini bercerita lah pada kami sekelas ( lupa lagi nama cikgu nya...)

Alkisah...

di sebuah kampung ini, terdapat seorang saudagar yang agak berada jugalah. beliau sudah kematian isteri, dan mempunyai  dua orang anak kembar lelaki yang masing-masing sudah berumah tangga. kita namakan anak mereka sebagai Aman dan Amin saja ya.

Satu hari saudagar ini hendak menguji anak-anaknya, siapa yang paling berkebolehan dan layak untuk mengambil alih perniagaannya kelak. jadi dia pun memanggil Aman dan Amin menghadapnya.

"Bapa panggil ni sebab hendak bincangkan sesuatu..."

"Bapa hendak tentukan siapa yang akan ambil alih perniagaan bapa kah? pilih saya bapa! sebab saya selalu dapat nombor satu dalam kelas, Amin ni cuma dapat nombor belas-belas sahaja pak, jadi saya lebih bijak," kata Aman dengan gelojohnya.

Saudagar itu terangguk-angguk perlahan. dia tahu Aman memang lebih bijak dalam pelajaran berbanding Amin. malah Aman lebih tampan dari Amin.

"Ya, memang bapa mahu bincang pasal itu. tetapi sebelum bapa buat keputusan itu, bapa mahu beri kamu ujian,"

"Ujian pak? heh, itu memang makanan saya pak!" ujar Aman lagi dengan angkuh. Amin cuma tersenyum.

"Baiklah. mulai hari ini  bapa kan berikan RM500,000 setiap seorang dan sebidang tanah untuk kamu usahakan. keluarlah dari rumah ini dan bina kehidupan kamu sendiri dengan modal yang bapa berikan itu,"

Aman dan Amin tersenyum lebar. duit sebanyak RM50,000 dan sebidang tanah? ini sudah jadi durian runtuh.

"Tapi, tapi ada syaratnya. selepas sebulan, bapa akan menilai kehidupan kamu selepas di berikan  modal itu. sesiapa yang langsung kehabisan duit RM500,000 itu secara automatiknya bapa tolak dari menjadi waris. dan kamu tidak akan bapa bantu satu sen pun sepanjang satu bulan itu," terang Saudagar itu lagi.

Aman dan Amin mengangguk faham dan bersedia menerima ujian itu. Si bapa tersenyum lagi.

"Sebelum kamu mula jalanai hidup dengan cara kamu, bapa ada beberapa tips untuk mencapai kebahagian hidup," ujar si bapa. Aman dan Amin tekun mendengar.

"Tipsnya ialah, jangan sampai terkena matahari sewaktu pergi berkerja di ladang, dan jangan terkena matahari juga sewaktu balik bekerja. binalah rumah yang bagaikan istana di dalamnya. kalau makan, lauk mestilah seribu. setiap hari , sebanyak lima kali sehari mesti bersenam dan menghubungi yang tersayang. jika kamu amalkan tips ini, nescaya kamu boleh bahagia,"

lalu, dua beradik itu pun melangkah keluarlah dari rumah si bapa dengan wang RM500,000 masing-masing. tanah yang di berikan oleh si bapa kepada mereka cuma terletak bersebelahan.

"Kau tengoklah Amin, aku akan tunjukkan kau bagaimana menggurus modal ini dan menjadi bahagia," kata si Aman dengan penuh yakin.

perkara pertama yang Aman lakukan ialah membina sebuah banglo besar bak istana untuk menjadi kediamannya dan isteri. rumah itu sangat indah dan di lengkapi dengan perabot mahal-mahal. dia membuat laluan berbumbung dari rumahnya terus ke ladang demi mengikut tips bapanya agar tidak terkena matahari sewaktu pergi dan pulang berkerja di ladang. sewaktu makan pula, dia mengarahkan isterinya memasak lauk-pauk yang sangat banyak sehingga penuh meja makan demi mengikut tips ayahnya bahawa makan mestilah lauk seribu. setiap hari, dia akan menghubungi bapanya sebanyak lima kali, sebagai tanda bapanya lah yang paling di sayangi dalam hidup. Aman mula berasa yakin bahawa dialah yang akan berjaya dalam ujian ini.

namun, belum pun sampai sebulan, duit modal yang di berikan bapanya sudah hampir kehabisan kerana sentiasa membeli lauk-pauk yang banyak setiap kali makan. belum lagi di tolak dengan kos membina banglo bak istana. Aman pula kelihatan tidak sihat, berwajah pucat dan selalu berasa tidak larat berkerja di ladang sehinggakan tanamannya rosak tidak terurus. dia dan isterinya sering sahaja bergaduh akibat kesempitan duit. Aman mula rasa terhimpit. dengan berat hati dia melawat Amin demi meminta bantuan keewangan.

Amin yang menyambutnya kelihatan sangat berbeza denganya. Amin berbadan sasa dan sihat walafiat. wajahnya sering sahaja tersenyum. Amin membawa Aman ke rumahnya yang di bina sederhana kecil. Isteri Amin pun kelihatannya tidak marah-marah seperti isterinya. Aman dan isterinya kelihatan bahagia di rumah sederhana kecil itu. malah menurut Amin, duit modal 500,000 yang di berikan ayahnya itu masih banyak yang tersimpan.

lalu, Aman pun bertanya apa rahsia Amin sehinggakan dia boleh hidup bahagia. Amin memberitahu bahawa dia cuma mengikut tips yang bapa mereka berikan.
 
"Mustahillah! aku juga ikut tips yang bapa berikan, tapi langsung tidak berjaya! mungkin kau ini diam-diam minta bantuan bapa ya?!"

\"Tidak, memang betul, aku cuma ikut tips bapa..."

"contohnya?"

"Menurut bapa, jangan sampai terkena matahari ketika pergi dan balik dari ladang. jadi selepas subuh aku sudah turun mengerjakan ladang dan pulang ke rumah sebelum azan maghrib berkumandang. waktu berkerja kita jangan culas. jadi aku tidak pernah mengelakkan matahri, aku pun sentiasa sihat Alhamdulillah. kemudian kata bapa, bina rumah yang kamu terasa bagai istana di dalamnya. lalu aku dan isteri ku bersetuju membina rumah sederhana saja, namun cukup keperluannya. itu sudah ku kira bagai istan buat kami. dan bilang bapa lagi jika makan, lauk mesti seribu. ku suruh istri ku membeli ikan basong yang murah namun banyak kuantitinya, udang kecil yang murah namun banyak kuantitinya, bagi kami ketika makan lauk itu sudah nampak seribu. asal kenyang sudah mencukupi, tidak perlu membazir dan kami suami isteri pun bebas dari penyakit terlalu banyak makan. lagi menurut bapa setiap hari sentiasa hubungi yang tersayang bagi mu. lalu aku dan isteri berusaha tidak meninggalkan solat lima waktu kerana Allah itulah yang tersayang buat kami, Dialah yang memberikan kami rezeki melalui bapa. lihat, aku memang ikut tips bapa,"

Aman langsung terdiam mendengar penjelasan Amin. ternyata selama ini dia terlalu gopoh dalam membuat keputusan tanpa berfikir panjang.

Jadi, menurut pembaca sekalian, siapa lebih bijak ? ^^

Jumaat, 3 Ogos 2012

Ramadhan, birthday & handmade

Assalamualaikum....

sebenarnya kan, selepas daftar dengan Nuffnangs ni kan, memang hajat mau update blog senantiasa, manalah tahu murah rezeki kan hihi... namun apa kan daya , internet langsung tidak boleh connect. La ni baru dapat pinjam broadband adik lelaki dengan syarat dia suruh saya top up sendiri...kedekut...

tetapi tidak mengapalah kan, mana boleh harap barang free selalu kan, jadi dengan penuh dedikasinya saya pun top up lah broadband ni untuk meng-updatekan blog yang tidak seberapa ini.... jadi maafkan saya kalau saya akan membuatkan anda mengantuk dengan celoteh panjang saya dalam entry kali ini, lama tidak bersua lah katakan hoho

Alhamdulillah kita masih lagi di berikan peluang menjalani ibadah puasa, sudah hari yang ke 15 ya para pembaca sekalian, 10 malam penuh kerahmatan sudah berlalu, kita sekarang berada dalam 10 malam pengampunan, jadi ambil lah peluang ini sebaik-baiknya, sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengampun...dan tinggal lima hari lagi sebelum kita menempuh 10 malam yang terakhir di mana terdapat malam LailaturQadar, malam yang lebih baik dari seribu malam. Kita jangan sia-siakan peluang ini ya...insyAllah...

pada Ramadhan ke-6 yang lalu adalah hari ulang tahun kelahiran saya. bermakna saya sudah berumur 28 tahun...kira suku abad lah tu kan? Alhamdulillah..terima kasih buat rakan-rakan dalam dan luar Facebook yang sudi mendoakan saya, sebenarnya blushing juga tahu, sebab saya ni pemalu, rasa bertuah anda-anda semua sangat baik.  tiada sambutan pada hari itu, dan saya memang tidak suka huha huha , just duduk diam-diam sahaja. dan cuma keluar makan malam dengan Big Boss ( Ayahanda) dan Assistant ( adik lelaki) haha. BiG Boss yang belanja. pada hari itu juga saya diuji dengan demam dan sakit tekak, bersyukur ke hadratNya...Alamdulillah Allah masih ingatkan saya ^^,

Walaupun tidak mengharap, ada juga ya teman-teman berikan saya hadiah, yang buat saya teruja ialah hadiah itu adalah sesuatu yang saya sangat idam-idamkan sejak dua bulan setengah lalu...taraaaa....







Ya...itu dia...novel yang saya paling nantikan di tahun 2012...huhu, terharu juga, terima kasih pada yang berkenaan... saya mahu baca buku ini lambat-lambat, jadi lambat lah buku ini habis....suka-suka-suka ^^ tetapi bukan dapat ini sahaja...ada lagi....taraaaa


Tudung bawal yang comel ada corak rimau lagi ganas ye kawan-kawan hehe, wah...sangat suka wooo sama tudung bawal, biarpun orang lain kata pakai shawl dan tudung lip-lap lagi bergaya, oh please... saya ni kan sangat teruk dalam ber-fashion, jadi dapat tudung begini pun sudah suka sangat, yang penting labuh di depan dan belakang, haha

Itu sahajalah rasa-rasanya, tetapi sangat menghargainya, terima kasih pada yang berkenaan ya huhu...

awal bulan puasa hari itu kan, saya nekad mahu jadi produktif la kan, konon-konon mahu menyiapkan manuskrip yang tertunggak itu, namun...kadang-kadang malas itu pandai-pandai mahu jadi raja dalam diri saya, apalah Cik Ruru...unta padang pasir pun tiada malas macam kau lah hahaha, tetapi adalah juga saya siapkan sikit-sikit, kalau nampak gaya si pemalas ni kan, memang hujung tahun juga baru siap tu kan. haha, biar lambat asal berkualiti cewaaahhhh gitu ayat ye...saya juga curi-curi masa hendak siapkan cerpen 4000 perkataan untuk satu grup ni, harap-harap saya dapat siapkan sebelum 10 Aug ini, doakan ya...jika berjaya di terima, saya akan kongsikan di blog ini ^^

saya ada buat juga beberapa handmade, contohnya macam ini...


inilah sampul duit raya, buat sendiri. selalunya kan saya tengok orang jual sampul duit raya bukan main mahal, sedangkan budak-budak kalau sudah dapat duit raya, mananya diorang henda pedulikan sampul itu lagi. jadi konon-konon mahu ada gaya tersendiri, saya pergi sahaja beli wrap paper cantik-cantik di Kaison dan gunting, gam, lalu siaplah...sampul duit raya inspired By Ruru haha, ayat kalah designer lagi...kosnya cuma RM1.00 dan saya sudah dapat 30 keping sampul duit raya. coraknya pun cantik juga kan? kan? kan?...nanti dulu! err..cukupkah budget aku raya ni...? jadi, kalau adalah anda berminat sampul raya with style, bolehlah contact saya si pembuat sampul duit raya amatur ini hihi.




dalam konon-konon kemalasan itu, dapat juga buat beberapa mini handmade note book..eh, betul kah ayat aku? tapi cadand mahu buat banyak-banyak kan lepas tu hadiahkan sahaja pada budak-budak di hari raya nanti. err...ganti duit raya lah, kalau-kalau budget tidak mencukupi hahaha


ini gambar buku resepi sahaja ya, saja je hendak belek-belek manalah tahu satu hari nanti timbul keazaman membara untuk membuat kuih raya sendiri, doakan saya tau ^^.


rasanya itu sahaja kot omelan saya di hari ke 15 puasa ini....saya tahu pasti ramai yang sedang bershopping sakan hendak menyambut Aidilfitri, namun ada juga yang bersedih kerana kelak bakal berpisah lagi dengan Ramadhan yang penuh berkah ini, entah dapatkah bertemunya lagi di tahun hadapan...semoga Allah panjangkan usia kita dalam mentaatiNya...amin...

Terima kasih kerana membaca omelan saya ^^

korang perasan tak saya dah guna 15 perkataan 'kan' dalam entry ni? ^^




Jumaat, 27 Julai 2012

Jangan sampai kerugian...

"Min, semalam kan aku nak ke tandas, aku lalu bilik kau. Dengar macam bunyi orang menangis teresak-esak. Bukan semalam saja, dua tiga malam lepas pun aku terdengar macam tu. Aku rasa bilik kau ada hantu lah Min..."

"Ish, jangan cakap bukan-bukanlah... itu suara aku lah tu..."

"Kau nangis Min? Kau sakit kah? Atau kau ada masalah? Biasanya kau nampak cool saja... Kenapa tidak beritahu aku?"

"Mana ada manusia yang tidak mempunyai masalah Kin. Jangan risaulah, aku bukannya sakit, aku cuma membaca sahaja..."

"Membaca sampai menangis tersesak-esak?!"

"Aku susah hati sedikit, jadi aku membaca. Dalam masa yang sama hati aku tersentuh, aku tidak dapat tahan sebak, jadi aku nangis lah..."

"Kau baca novel apa sampai sedih sangat itu? kau sembunyi baca novel best tidak beritahu aku ya? Sampai hati kau tidak pinjamkan aku novel best ya... Novel apa Min? Novel yang orang lain dok heboh kat fesbuk tu kah?"

Senyum. "Bukan...ianya lebih baik daripada itu..."

"Kongsilah Min...kau tahu kan aku ni suka baca novel percintaan yang sedih ni, mestilah aku nak tahu novel apa yang kau baca semalam. Kau tengoklah bilik aku tu, penuh dengan novel! Aku kalau boleh nak khatamkan semua novel-novel keluaran terbaru tu. Dalam beg aku tu sekurang-kurangnya mesti ada dua tiga novel untuk jadi peneman aku tau. Kadang-kadang tu kan, kalau aku ada masalah kan, aku rujuk je kat dalam novel tu, tiru cara watak utamanya menyelesaikan masalah. Buku apa Min? Bagitahu lah Min..."

Senyum lagi. "Betul kau nak tahu? Aku tidak mahu kau tuduh aku berlagak pula..."

"Iya, sumpah! Aku tak kata kau berlagak! Bagitahu ya Min yang baik hati..."

Senyum dan angguk. "Baiklah, kalau kau hendak tahu, pergilah aku tengok dalam bilik aku. ada aku letak atas meja je. Aku hendak masak untuk juadah berbuka nanti"

"Yeye! Min baik! Terima kasih Min!" lalu berlari riang ke dalam bilik Min.

"Apa punya skema bilik Min ni, tak ada hiasan langsung! Memang membosankanlah si Min ni.....mana buku yang dia cakap itu? Satu biji novel pun aku tidak nampak ni..."

Bercekak pinggang sambil memandang sekeliling. Terpandang meja belajar Min, melangkah ke situ. Cuma ada satu buku terletak kemas di tengah meja. Berkerut kening Kin memandangnya.

"Ini? Kalau ini aku pun ada...apalah Min ini...Dia bergurau ke apa? Berlagak baik lah konon tu... memang selama ini dia tunuk-tunjuk alim kat aku kan? sampai hati dia tipu aku...Dia saja nak kenakan aku agaknya... buang masa aku saja masuk bilik dia yang tak comel ni...huh!" mencebik.

Lalu tangan Kin perlahan mencapai buku itu, menyelak pada halaman yang di tandakan Min dengan sehelai riben, dan Kin mula membaca ayat pertama dilihatnya.

"Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh, bahawa bagi mereka adalah pahala yang besar." Ayat 9 Surah Al-'Isra

Senyap....Kin mengetap bibir yang bergetaran. mata dipejam rapat-rapat.

"Ya Allah...betapa aku lalai ya Allah...betapa selama ini aku membuang masa padahal sepatutnya kitab inilah yang menjadi teman baik ku...kitab inilah yang harus ku baca berkali-kali...kitab inilah yang patut aku jadikan rujukan...ampun kan aku ya Allah..."

Tafsir Al-Quran itu di tutup perlahan sebelum dikucup perlahan. Dia memahami kini.

Di dapur. Min sedang menyiang ikan apabila perlahan-lahan Kin datang di sebelah membantu mengupaskan bawang. Min melihat mata dan hidung Kin yang merah.

"Min.."

"Ya?"

"Kelas usrah kau itu...mesti ramai orang kan? Kena daftar ke?"

"Tak juga, kalau ada kawan-kawan nak ikut, datang sahaja terus kira daftar lah tu..."

"Oh..."

Senyap. Tangan sibuk berkerja.

"Min..."

"Iya?"

"Terima kasih...."

Senyum. "Sama-sama..."

Saudara ku, aku tidak mahu kau kerugian....



"Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarnya,"
Hadis Riwayat Bukhari.



Jumaat, 20 Julai 2012

Alhamdulillah....Ramadhan Datang lagi!! ^^

Salam people....

Tentu semua sudah sedia maklum kan, yang esok, 21hb Julai 2012, kita kan mula berpuasa di bulan Ramadhan.

ya, berjumpa lagi dengan bulan yang mulia ini, harapnya ini bukanlah Ramadhan terakhir saya...


ramai yang gembira, gembira pasal apa, ada banyak sebab. ada yang seronok sebab dapat berpuasa dan berbuka dengan keluarga, ada yang seronok sebab boleh pergi bersembahyang terawih ramai-ramai, ada yang seronok sebab boleh dapat untung berjualan juadah berbuka puasa, namun ada juga ya yang gembira sebab akan ada sale di bulan ini, boleh lah melaram masa raya tak gitu? aiya...takkanlah Ramadhan hanya terfikirkan itu?

saya terbaca di dalam sebuah majalah muslimah, bahawa bulan Ramadhan adalah bulan 'jualan murah' untuk pahala. memang ada logiknya kan? jangan lah kita hanya seronok gila bila gedung-gedung membeli belah buat offer megasale, sampaikan sanggup sakit pinggang berlama-lamaan di situ. apa kata kita merebut semua tawaran pahala di bulan ini pula? Bulan puasa adalah bulan berbuat baik, bulan pembebasan dari neraka, bulan kemenangan atas nafsu. banyak rahmat dan kurnia yang Allah SWT turunkan pada bulan ini.

ada 9 ibadah yang ditekankan dalam bulan ini, iaitu :

1. Shiyam/Puasa
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,
كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعمِائَة ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَّا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِي لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ
"Setiap amalan anak Adam akan dilipatgandakan pahalanya, satu kebaikan akan berlipat menjadi 10 kebaikan sampai 700 kali lipat. Allah 'Azza wa Jalla  berfirman, ‘Kecuali puasa, sungguh dia bagianku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, karena (orang yang berpuasa) dia telah meninggalkan syahwatnyadan makannya karena Aku’. Bagi orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan; gembira ketika berbuka puasa dan gembria ketika berjumpa Tuhannya dengan puasanya. Dan sesungguhnya bau tidak sedap mulutnya lebih wangi di sisi Allah dari pada bau minyak kesturi.” (HR. Bukhari dan Muslim, lafadz milik Muslim)
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
"Siapa berpuasa Ramadhan imanan wa ihtisaban (dengan keimanan dan mengharap pahala), diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (HR. Bukhari dan Muslim)
Tidak diragukan lagi, pahala yang besar ini tidak diberikan kepada orang yang sebatas meninggalkan makan dan minum semata. Ini sesuai dengan sabda Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam,
مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
"Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan perbuatannya, maka Allah tidak butuh dengan ia meninggalkan makan dan minumnya." (HR. Al-Bukhari dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu) ini merupakan kiasan bahwa Allah tidak menerima puasa tersebut.
Dalam sabdanya yang lain, "Jika pada hari salah seorang kalian berpuasa, maka janganlah ia mengucapkan kata-kata kotor, membaut kegaduhan, dan juga tidak melakukan perbuatan orang-orang bodoh. Dan jika ada orang mencacinya atau mengajaknya berkelahi, maka hendaklah ia mengatakan, 'Sesungguhnya aku sedang berpuasa'." (HR. Bukhari dan Muslim)
Maka jika Anda berpuasa, maka puasakan juga pendengaran, penglihatan, lisan, dan seluruh anggota tubuh. Jangan jadikan sama antara hari saat berpuasa dan tidak.

2. Al-Qiyam/shalat malam/Tarawih
Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,
مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
"Barangsiapa yang menunaikan shalat malam di bulan Ramadan dengan keimanan dan mengharap pahala, diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (HR. Bukhari dan Muslim)
Allah Ta'ala berfirman,
وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا  وَالَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمْ سُجَّدًا وَقِيَامًا
"Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka." (QS. Al-Furqan: 63-64)
Qiyamul lail sudah menjadi rutinitas Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam dan para sahabatnya. 'Aisyah Radhiyallahu 'Anha berkata, "Jangan tinggalkan shalat malam, karena sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak pernah meninggalkannya. Apabila beliau sakit atau melemah maka beliau shalat dengan duduk." (HR. Abu Dawud dan Ahmad)
Umar bin Khathab Radhiyallahu 'Anhu biasa melaksanakan shalat malam sebanyak yang Allah kehendaki sehingga apabila sudah masuk pertengahan malam, beliau bangunkan keluarganya untuk shalat, kemudian berkata kepada mereka, "al-shalah, al-Shalah." Lalu beliau membaca:
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا نَحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى
"Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan salat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kami lah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa." (QS. Thaahaa: 132)
Dan Umar bin Khathab juga biasa membaca ayat berikut:
أَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ آنَاءَ اللَّيْلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا يَحْذَرُ الآخِرَةَ وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ
"(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadah di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya?" (QS. Al-Zumar: 9)
Ibnu Umar Radhiyallahu 'Anhuma berkata, "Luar biasa Utsman bin Affan Radhiyallahu 'Anhu" Ibnu Abi Hatim berkata, "Sesungguhnya Ibnu Umar berkata seperti itu karena banyaknya shalat malam dan membaca Al-Qur'an yang dikerjakan amirul Mukminin Utsman bin Affan Radhiyallahu 'Anhu sehingga beliau membaca Al-Qur'an dalam satu raka'at."
Dan bagi siapa yang melaksanakan shalat Tarawih hendaknya mengerjakannya bersama jama'ah sehingga akan dicatat dalam golongan qaimin, karena Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda, "Siapa yang shalat bersama imamnya sehingga selesai, maka dicatat baginya shalat sepanjang malam." (HR. Ahlus Sunan)

3. Shadaqah
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam adalah manusia paling dermawan. Dan beliau lebih demawan ketika di bulan Ramadhan. Beliau menjadi lebih pemurah dengan kebaikan daripada angin yang berhembus dengan lembut. Beliau bersabda, "Shadaqah yang paling utama adalah shadaqah pada bulan Ramadhan." (HR. al-Tirmidzi dari Anas)
Sesungguhnya shadaqah di bulan Ramadhan memiliki keistimewaan dan kelebihan, maka bersegeralah dan semangat dalam menunaikannya sesuai kemampuan. Dan di antara bentuk shadaqah di bulan ini adalah:
a. memberi makan
Allah menerangkan tentang keutamaan memberi makan orang miskin dan kurang mampu yang membutuhkan, dan balasan yang akan didapatkan dalam firman-Nya:
وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَى حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنْكُمْ جَزَاءً وَلَا شُكُورًا إِنَّا نَخَافُ مِنْ رَبِّنَا يَوْمًا عَبُوسًا قَمْطَرِيرًا  فَوَقَاهُمُ اللَّهُ شَرَّ ذَلِكَ الْيَوْمِ وَلَقَّاهُمْ نَضْرَةً وَسُرُورًا  وَجَزَاهُمْ بِمَا صَبَرُوا جَنَّةً وَحَرِيرًا
"Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. Sesungguhnya Kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih. Sesungguhnya Kami takut akan (azab) Tuhan kami pada suatu hari yang (di hari itu) orang-orang bermuka masam penuh kesulitan. Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati. Dan Dia memberi balasan kepada mereka karena kesabaran mereka (dengan) surga dan (pakaian) sutera." (QS. Al-Nsan: 8-12)
Para ulama salaf sangat memperhatikan memberi makan dan mendahulukannya atas banyak macam ibadah, baik dengan mengeyangkan orang lapar atau memberi makan saudara muslim yang shalih. Dan tidak disyaratkan dalam memberi makan ini kepada orang yang fakir. Rasullullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Wahai manusia, tebarkan salam, berilah makan, sambunglah silaturahim, dan shalatlah malam di saat manusia tidur, niscaya engkau akan masuk surga dengan selamat." (HR. Ahmad, Tirmidzi, dan dishahihkan oleh Al-Albani)
Sebagian ulama salaf ada yang mengatakan, "Aku mengundang sepuluh sahabatku lalu aku beri mereka makan dengan makanan yang mereka suka itu lebih aku senangi dari pada membebaskan sepuluh budak dari keturunan Islmail."
Ada beberapa ulama yang memberi makan orang lain padahal mereka sedang berpuasa, seperti Abdullan bin Umar, Dawud al-Tha'i, Malik bin Dinar, dan Ahmad bin Hambal Radhiyallahu 'Anhum. Dan adalah Ibnu Umar, tidaklah berbuka kecuali dengan anak-anak yatim dan orang-orang miskin.
Ada juga sebagian ulama salaf lain yang memberi makan saudara-saudaranya sementara ia berpuasa, tapi ia tetap membantu mereka dan melayani mereka, di antaranya adalah al-Hasan al-Bashri dan Abdullah bin Mubarak.
Abu al-Saur al-Adawi berkata: Beberapa orang dari Bani Adi shalat di masjid ini. Tidaklah salah seorang mereka makan satu makananpun dengan sendirian. Jika ia dapatkan orang yang makan bersamanya maka ia makan, dan jika tidak, maka ia keluarkan makanannya ke masjid dan ia memakannya bersama orang-orang dan mereka makan bersamanya.
b. Memberi hidangan berbukan bagi orang puasa
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Siapa yang memberi berbuka orang puasa, baginya pahala seperti pahala orang berpuasa tadi tanpa dikurangi dari pahalanya sedikitpun." (HR. Ahmad, Nasai, dan dishahihkan al-Albani)
Dan dalam hadits Salman Radhiyallahu 'Anhu, "Siapa yang memberi makan orang puasa di dalam bulan Ramadhan, maka diampuni dosanya, dibebaskan dari neraka, dan baginya pahala seperti pahala orang berpuasa tadi tanpa dikurangi sedikitpun dari pahalanya."
. . . Sesungguhnya shadaqah di bulan Ramadhan memiliki keistimewaan dan kelebihan, maka bersegeralah dan semangat dalam menunaikannya sesuai kemampuan. . .



4.  Bersungguh-sungguh dalam membaca Al-Qur'an
Dan ini sudah kami ulas dalam tulisan yang lalu berjudul: Teladan Salaf Dalam Membaca Al-Qur'an di Bulan Ramadhan.
5. Duduk di masjid sampai matahari terbit
Adalah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam, apabila shalat Shubuh beliau duduk di tempat shalatnya hinga matahari terbit (HR. Muslim). Imam al-Tirmidzi meriwayatkan dari Anas, dari Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam, beliau bersabda,
مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ
"Siapa shalat Shubuh dengan berjama'ah, lalu duduk berdzikir kepada Allah hingga matahari terbit, lalu shalat dua raka'at, maka baginya seperti pahala haji dan umrah sempurna, sempurna , sempurna." (Dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani)
Keutamaan ini berlaku pada semua hari, lalu bagaimana kalau itu dikerjakan di bulan Ramadhan? Maka selayaknya kita bersemangat menggapainya dengan tidur di malam hari, meneladani orang-orang shalih yang bangun di akhirnya, dan menundukkan nafsu untuk tunduk kepada Allah dan bersemangat untuk menggapai derajat tinggi di surga.
6. I'tikaf
Adalah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam senantiasa beri'tikaf pada bulan Ramadhan selama 10 hari. Dan pada tahun akan diwafatkannya, beliau beri'tikaf selama 20 hari (HR. Bukhari dan Muslim).  I'tikaf merupakan ibadah yang berkumpul padanya bermacam-macam ketaatan; berupa tilawah, shalat, dzikir, doa dan lainnya. Bagi orang yang belum pernah melaksanakannya, i'tikaf dirasa sangat berat. Namun, pastinya ia akan mudah bagi siapa yang Allah mudahkan. Maka siapa yang berangkat dengan niat yang benar dan tekad kuat pasti Allah akan menolong. Dianjrukan i'tikaf di sepuluh hari terakhir adalah untuk mendapatkan Lailatul Qadar. I'tikaf merupakan kegiatan menyendiri yang disyariatkan, karena seorang mu'takif (orang yang beri'tikaf) mengurung dirinya untuk taat kepada Allah dan mengingat-Nya, memutus diri dari segala kesibukan yang bisa mengganggu darinya, ia mengurung hati dan jiwanya untuk Allah dan melaksanakan apa saja yang bisa mendekatkan kepada-Nya. Maka bagi orang beri'tikaf, tidak ada yang dia inginkan kecuali Allah dan mendapat ridha-Nya.
7. Umrah pada bulan Ramadhan
Telah diriwayatkan dari Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam, beliau bersabda,
عُمْرَةً فِي رَمَضَانَ حَجَّةٌ
"Umrah pada bulan Ramadhan menyerupai haji." (HR. Al-Bukhari dan Muslim) dalam riwayat lain, "seperti haji bersamaku." Sebuah kabar gembira untuk mendapatkan pahala haji bersama Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam.
8.  Menghidupkan Lailatul Qadar
Allah Ta'ala berfirman,
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ  وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan." (QS. Al-Qadar: 1-3)
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,
وَمَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
"Dan siapa shalat pada Lailatul Qadar didasari imandan mengharap pahala, diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (HR. Bukhari dan Muslim)
Adalah Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam berusaha mencari Lailatul Qadar dan memerintahkan para sahabatnya untuk mencarinya. Beliau juga membangunkan keluarganya pada malam sepuluh hari terakhir dengan harapan mendapatkan Lailatul Qadar. Dalam Musnad Ahmad, dari Ubadah secara marfu', "Siapa yang shalat untuk mencari Lailatul Qadar, lalu ia mendapatkannya, maka diampuni dosa-dosa-nya yang telah lalu dan akan datang." (Di dalam Sunan Nasai juga terdapat riwayat serupa, yang dikomentari oleh Al-hafidz Ibnul Hajar: isnadnya sesuai dengan syarat Muslim)
. . . Lailatul Qadar berada di sepuluh hari terakhir Ramadhan, tepatnya pada malam-malam ganjilnya. Dan malam yang paling diharapkan adalah malam ke 27-nya, sebagaimana yang diriwayatkan Muslim. . .
Terdapat beberapa keterangan, sebagian ulama salaf dari kalangan sahabat tabi'in, mereka mandi dan memakai wewangian pada malam sepuluh hari terakhir untuk mencari Lailatul Qadar yang telah Allah muliakan dan tinggikan kedudukannya. Wahai orang-orang yang telah menyia-nyiakan umurnya untuk sesuatu yang tak berguna, kejarlah yang luput darimu pada malam kemuliaan ini. Sesungghnya satu amal shalih yang dikerjakan di dalamnya adalah nilainya lebih baik daripada amal yang dikerjakan selama seribu bulan di luar yang bukan Lailatul Qadar. Maka siapa yang diharamkan mendapatkan kebaikan di dalamnya, sungguh dia orang yang jauhkan dari kebaikan.
Lailatul Qadar berada di sepuluh hari terakhir Ramadhan, tepatnya pada malam-malam ganjilnya. Dan malam yang paling diharapkan adalah malam ke 27-nya, sebagaimana yang diriwayatkan Muslim, dari Ubai bin Ka'ab Radhiyallahu 'Anhu, "Demi Allah, sungguh aku tahu malam keberapa itu, dia itu malam yang Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam memerintahkan kami untuk shalat, yaitu malam ke-27." Dan Ubai bersumpah atas itu dengan mengatakan, "Dengan tanda dan petunjuk yang telah dikabarkan oleh Ramadhan Shallallahu 'Alaihi Wasallam kepada kami, matahari terbit di pagi harinya dengan tanpa sinar yang terik/silau."
Dari 'Aisyah, ia berkata: Wahai Rasulullah, jika aku mendapatkan Lailatul Qadar, apa yang harus aku baca? Beliau menjawab, "Ucapkan:
 اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, menyukai pemberian maaf maka ampunilah aku." (HR. Ahmad dan al-Tirmidzi, dishahihkan Al-Albani)

9. Memperbanyak dzikir, doa dan istighfar
Sesungguhnya malam dan siang Ramadhan adalah waktu-waktu yang mulia dan utama, maka manfaatkanlah dengan memperbanyak dzikir dan doa, khususnya pada waktu-waktu istijabah, di antaranya:
- Saat berbuka, karena seorang yang berpuasa saat ia berbuka memiliki doa yang tak ditolak.
- Sepertiga malam terkahir saat Allah turun ke langit dunia dan berfirman, "Adakah orang yang meminta, pasti aku beri. Adakah orang beristighfar, pasti Aku ampuni dia."
- Beristighfar di waktu sahur, seperti yang Allah firmankan, "Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah)." (QS. Al-Dzaariyat: 18)
. . . Sesungguhnya berpuasa tidak hanya sebatas meninggalkan makan, minum, dan hubungan suami istri, tapi juga mengisi hari-hari dan malamnya dengan amal shalih. . . 
 (sumber :www.voa-islam.com)

kita mesti faham, berpuasa bukannya hanya menahan diri dari makan, minum dan hawa nafsu, namun kita harus mengisi malamnya itu dengan perkara-perkara bermanfaat untuk kita selepas mati. 

jika kita bertemu dengan kebaikan ataupun keinsafan di bulan ini, marilah kita berusaha untuk istiqamah, kerana sesungguhnya syaitan itu sering menghasut dan membisikkan di telinga kita untuk kembali kepada kejahatan. syaitan adalah musuh yang nyata. dan bersihkan hati kita jika ada perasaan marah, dengki, dendam, iri hati.


jadi wahai sahabat semua, kita manfaat kan bulan ini  sebaik-baiknya ya, 

dari saya, ingin memohon maaf atas segala salah silap saya ya, 

terima kasih kerana membaca entri ini
 

Khamis, 19 Julai 2012

sedih sikit...

Salam people....

semalam sempat buka facebook sekejap, ada satu isu ni yang.....buat saya sentap sedikit.

sentap apabila ada admin satu fanpage bola yang menghina pasukan bolasepak Sabah...admin itu dari tanah semenanjung dan ayat yang dia post dalam fanpage itu memang racist dan agak menguris hati kecil ku yang Sabahan ini cewah...

isu itu sudah settle juga bila admin itu minta maaf, kita maaf kan saja dia yek?

tetapi kenapa ya? kenapa masih ada yang begitu? bukan satu dua kali, tetapi Sabahan dan mungkin Sarawakian selalu sahaja kena kutuk-kutuk oleh saudara dari sana? bukan setakat dalam bola sepak sahaja, tapi dalam isu lain juga. kenapa? bukan kita satu Malaysia kah? bukan kah di sisi Allah Swt, tiada beza pun kita walau dari negeri mana kita. yang membezakan kita ialah iman dan takwa....

janganlah buat macam itu, tak baiklah....buat satu orang sakit hati pun dah dosa, bayangkan jika menyakitkan hati berjuta warga sabah macam saya......sedih tahu...

kita jagalah adab pertuturan kita, okie dokie?

Harap kita bersatu dalam erti kata bersatu yang sebenarnya... saya sayang rakan-rakan semenanjung semua (^^, )

Rabu, 18 Julai 2012

Daddy Long Legs

Salam people......

Saja hendak cerita-cerita ni kan, walaupun ramai yang cakap kalau hari rabu mesti buat entry 'wordless wednesday' konon-kononnya. tak mahu, nak cakap-cakap juga....hihi


tengah tengok-tengok youtube sebentar tadi, dan terjumpa satu animasi masa saya masih sekolah menengah lagi. Animasi yang bertajuk Daddy Long Legs. haa....memang teruja habis lah bila ber'jejak kasih' semula dengan animasi kesukaan ini.
iyalah, dulu setiap hari selasa ataupun rabu ( kalau tidak silaplah) mesti tidak sabar-sabar balik sekolah, sebab animasi ni di siarkan di TV2 pada waktu petang. suka sangat tengok watak utama nya yang bercita-cita menjadi seorang penulis.





Inilah watak utama animasi itu, Judy Abott, yang merupakan anak yatim piatu, di taja oleh seorang saudagar kaya yang bernama John Smith ke Linclon Memorial High School, bayaran untuk biaya itu ialah Judy mesti sentiasa menulis surat kepadanya, menceritakan tentang segala pengalaman Judy belajar di institut itu setiap bulan, demi mengasah bakat menjadi penulis tetapi John Smith tidak akan membalas surat itu Saudagar kaya inilah yang Judy gelar sebagai Daddy Long Legs, sebab Judy tidak pernah melihatnya, cuma dapat nampak bayang-bayang kakinya sahaja. Siapa John Smith ini tidak pernah di beritahu, sampaikan saat ini, saya hampir mencecah 28 tahun ( waktu itu baru berumur 15tahun, haa...bukan kah lama tu) , pun masih tidak tahu siapa Daddy Long Legs itu. saya tidak sempat menonton siarannya di TV waktu itu sehingga animasi ini tamat episodnya, sebab ada latihan sukan di sekolah. hampa jugalah, sebab inilah, karekter Judy adalah salah satu faktor saya pun hendak menjadi penulis.









selain daripada itu diperlihatkan juga kisah seharian Judy di asrama perempuan yang...kan bagus kalau semua asrama di Malaysia ini macam itu, barulah tidak terasa homesick selalu. seronok tengok gelagat Judy dengan kawan-kawan dia iaitu Sally dan Julia.




Ini video yang saya jumpa di Youtube. Tajuknya Papa Gambalunga dan dubbingnya dalam bahasa Itali. walaupun langsung tak faham satu apa pun yang animasi ni cakap ( dulu animasi ini dari Jepun dengan alihbahasa ke Bahasa Melayu) tetapi i'm so happy coz it's bring back memory when i was sooo young and full of dream. Judy never give up on her dream, and so must I. hehe

Bila dah tiba zaman internet ini senang hendak cari maklumat kan, ini barulah tahu rupanya animasi ini diadaptasi daripada novel hasil tulisan Jean Webster dengan tajuk yang sama. saya cuba cari buku ini di bookstore, tetapi macam tidak ada sudah...huhu, tidak mengapa, jika Allah sudah jodohkan saya dengan buku itu, pasti ketemu juga, samada lambat atau cepat, kan? ^^

Sangat terinspirasi....saya tidak akan berhenti menulis , menulis kisah-kisah yang baik-baik untuk tatapan anda !!

Terima kasih kerana membaca! ^^